Memaparkan catatan dengan label Tanah Hitam Hampas Sisa Sawit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanah Hitam Hampas Sisa Sawit. Papar semua catatan

Ahad, 30 Ogos 2020

Beli Tanah Hitam Hampas Sisa Sawit

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini cuaca sangat panas. Duduk pula di rumah atas terasa sangat membahang kepanasannya. Tapi nak buat macam mana, malas nak alihkan laptop. Duduk sahajalah di sini biarkan pun panas.

Sejak akhir-akhir ini, suka sangat membelanjakan duit untuk tanaman. Selepas PKP lagi rancak dibuatnya. Dengan kewujudan pokok viral lagi semangat nak tanam pokok hiasan. 


Tertengok iklan di facebook ada orang jual tanah hitam hampas sisa sawit. RM 15 seguni, berat dalam anggaran 25 - 30 kg. Tanah ini sesuai untuk menanam sayuran dan bunga. Jadi tanpa berlengah terus sahaja beli 2 guni, kemudian beli lagi 2 guni. 


Inilah rumah orang yang menjual tanah hitam tersebut. Terletak di Titi Serong, Parit Buntar, Perak. Rumahnya setentang dengan Pejabat Peladang Simpang Tiga, Parit Buntar. Hubungi  019-4149162 untuk maklumat lanjut.