Memaparkan catatan dengan label Anjing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anjing. Papar semua catatan

Ahad, 16 Disember 2018

Anjing Tidak Mahu Pulang


Selamat berhujung minggu semua. Apa perancangan aktiviti anda pada hari ini? Kalau ikutkan hati mahu tidur sahaja tetapi terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan. Kemas rumah kelmarin dari pagi sampai pukul 1.30 petang. Mandi pun lambat. Aduhai penat sungguh.. Hari ini kalau boleh nak rehatkan diri dan melakukan aktiviti yang disukai  atau tertangguh contohnya menulis blog, melihat gambar-gambar yang diambil dan sebagainya.

Berbalik pada tajuk entri, ada seekor anjing yang singgah di belakang rumah saya dan terus menetap di situ. Pelbagai cara dilakukan untuk menghalaunya tetapi tidak dihiraukan. Dia macam suka tinggal di belakang rumah saya. Masalah... masalah...

Ianya sangatlah mengganggu aktiviti harian kami. Nak jemur kain pun terpaksa menjerit dahulu untuk menghalaunya. Kadang-kala ia lalu di bawah ampaian dan badannya terkena baju. Nak buang sampah pun susah, bagi makan ikan di dalam telaga pun susah. Pendek kata memang merimaskan.

Pada mulanya ayah bercadang nak bunuh saja anjing tersebut dengan benda tajam dan tanam. Tetapi kami tak sampai hati dan mencadangkan beri pada orang Cina atau India. Masalahnya tiada orang nak. Kemudian cuba telefon bomba dan melaporkan tentang anjing tersebut. Dalam fikiran, bomba bukankah kerjanya menolong orang? Tetapi tidak... Itu bukan tugasnya...

Bomba telah melepaskan tanggungjawab tersebut pada Majlis Daerah. Akan tetapi kawasan rumah saya bukan jagaan Majlis Daerah. Rumah kami hanyalah rumah kampung. Tidak membayar cukai pintu. Jadi bukan tanggungjawab mereka. Jika Majlis Daerah beroperasi pun lambat lagi katanya tetapi bagi kawasannya sahaja. Masalah lagi...

Majlis Daerah cadangkan kami membunuh anjing tersebut dengan memasukkan racun dalam makanannya iaitu nasi. Masalahnya pula kami takut makanan tersebut turut dimakan oleh kucing yang berkeliaran. Banyak pula dosa membunuh kucing. 

Apa jadi dengan anjing itu sekarang? Kalau nak tahu anjing itu masih hidup dan sihat walafiat. Tiada usaha untuk menghapuskannya. Ayah mungkin merajuk sebab masa awal kami semua membangkang. Jadi ayah tidak jadi untuk membunuh anjing tersebut. Ayah tanyakan pendapat kami, jadi saya jawab ler tak sanggup... Sekarang ini ayah tidak mahu meracunnya.. Ayah sudah malas untuk mengambil tindakan... Anjing pula semakin lama semakin berani. Dia ingat dia kucing. Kucing makan dia pun nak makan. Sampai bergaduh dengan kucing merebut makanan. Kucing masuk rumah dia pun nak masuk rumah kalau pintu terbuka. Jadi kami terpaksa lebih berhati-hati. Sekian...