Ahad, 30 Julai 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER



Assalamualaikum...

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak join contest. Tiba-tiba terbuka hati pula untuk join. Bercerita mengenai Best Friend Forever (BFF). Ermmm..menarik juga tu..tapi macam mana nak mula cerita? Idea oh idea, please coming !!

Semasa di sekolah rendah, saya ada seorang BFF. Memang rapat giler. Pergi ke mana sahaja mesti bersama. Tapi apabila masuk sekolah menengah, kami terpisah. Dia bersekolah di Kuala Lumpur dan saya di kampung iaitu di negeri Perak. Sahabat saya tinggal bersama nenek semasa bersekolah rendah di kampung. Jadi, apabila sekolah menengah dia kembali tinggal bersama ibubapanya.

Tapi persahabatan kami tidak terputus begitu sahaja. Kami sentiasa berutus surat dan pernah sekali dia balik ke rumah neneknya semasa hari raya, dan saya dapat berjumpanya kembali. Seronok tidak terkata. Walaupun bersua sebentar sahaja, tetapi kegembiraan itu tidak dapat digambarkan.

Sekarang sahabat saya sudah berumahtangga. Whatsapp dan Facebooklah yang menjadi penghubung kami. Dengan dialah saya kenal apa itu erti persahabatan. Walaupun tidak semesra dahulu tapi hati ini sentiasa bersama....

Zaman sekolah menengah pun ada BFF. Empat sekawan gitu.. Tapi biarlah rahsia.. Mungkin entri seterusnya jika berkelapangan.. Banyak sangat bercerita nanti boring pula :)

Tempat kami selalu berjumpa... Suatu ketika dahulu...

Sabtu, 29 Julai 2017

Perlukah Isteri Bekerja untuk Membantu Suami?

Alahai dunia-dunia... Semakin teknologi canggih dan berkembang, semakin mencabarlah hidup ini. Zaman mak-mak kita dulu tak perlu fikir pun sama ada nak bekerja ataupun tidak.. duduk di rumah dan menguruskan suami dan anak-anak sahaja...

Zaman sekarang semuanya memerlukan duit.. Melangkah sahaja dari rumah semuanya nak duit.. Dalam rumah duduk diam-diam pun nak duit juga... Nilai duit RM50 seperti duit RM10 sahaja... Gaji RM1000 sebulan memang tidak mencukupi.


Perlukah seorang lelaki meminta bakal isterinya bekerja selepas berumahtangga? Selain itu, bakal isterinya harus pandai berdikari iaitu pandai membawa kenderaan sendiri iaitu kereta. Sebagai seorang wanita, apa perasaan anda? 

Pada pendapat saya, dari awal lagi bakal suami telah menunjukkan kelemahannya dalam menunaikan tanggungjawab. Apa tidaknya, belum apa-apa lagi telah mengenakan syarat agar membantunya mencari rezeki yang sewajibnya menjadi tanggungjawab suami.

Selain itu, sebagai seorang wanita memang berasa terbeban kerana bekerja dirasakan sebagai paksaan daripada suami bukannya sukarela. Alangkah lapangnya rasa dihati jika bakal suami tidak memaksa sama ada mahu bekerja atau tidak tetapi terpulang pada isteri.

Pendapat positif saya pula, apabila bakal suami berterus-terang mahukan bakal isterinya bekerja dirasakan agak baik juga kerana bakal suami sudah berterus-terang mengenai ketidakmampuannya. Oleh itu, bakal isteri dapat bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran ini.... Bakal suami tidak berpura-pura dalam hidupnya.

Tetapi apa yang menghairankan ialah bakal suaminya mampu untuk menanggung keluarganya tetapi mewajibkan isteri untuk bekerja? Mampu bermaksud bukanlah gaji terlalu besar tetapi cukup untuk menampung sebuah keluarga. Ditambah pula si ibu yang meminta si anak mencari isteri yang bekerja... Apakah maksudnya itu????


Tempahan Photobook dibuka !!

Agak-agak ada tak sudi tempah photobook dengan saya? Sila angkat tangan.. errmmm..macam tiada jer..huhu... Okeylah, untuk pengetahuan saya ada menerima tempahan untuk membuat photobook. Kebanyakannya adalah dari kawan-kawan. Bukan saya yang menyiapkannya sebaliknya adik kesayangan yang membuatnya.


Jadi, jika anda tiada masa untuk membuat photobook, sudilah tempah dengan saya. Tetapi masanya adalah terhad iaitu hingga hujung bulan 8 sahaja. Adik membuat kerja ini  sementara menunggu panggilan universiti. Harap maklum...

Sabtu, 8 Julai 2017

Akhirnya Berjaya Buat Photobook Sendiri

Setelah sekian lama mencari di internet cara-cara membuat photobook, akhirnya saya berjaya juga membuat sendiri. Alhamdulillah... Banyak juga entri di blog lain saya komen tetapi tidak mendapat respons. Mungkin entri tersebut terlalu lama dan makan tahun sudah...

Proses membuatnya agak rumit dan perlukan kesabaran. Tetapi disebabkan suka saya teruskan juga hingga berjaya. Harganya memang murah dan berbaloi. Best sangat.. Sebelum ini saya menempah pada orang lain untuk membuat photobook dengan harga RM30. Cantik juga...

photobook

Antara koleksi photobook saya dan juga keluarga. Ada yang saya tempah dan ada saya buat sendiri. Jika anda berminat untuk membuat photobook sendiri, pergi ke blog ini Mutiara Online. Kaedahnya memang agak rumit dan perlu baca dengan teliti. Jika tidak faham, boleh ajukan pertanyaan pada saya. Apa yang boleh saya bantu, saya akan bantu sedaya mungkin. Insya Allah...