Alahai dunia-dunia... Semakin teknologi canggih dan berkembang, semakin mencabarlah hidup ini. Zaman mak-mak kita dulu tak perlu fikir pun sama ada nak bekerja ataupun tidak.. duduk di rumah dan menguruskan suami dan anak-anak sahaja...
Zaman sekarang semuanya memerlukan duit.. Melangkah sahaja dari rumah semuanya nak duit.. Dalam rumah duduk diam-diam pun nak duit juga... Nilai duit RM50 seperti duit RM10 sahaja... Gaji RM1000 sebulan memang tidak mencukupi.
Perlukah seorang lelaki meminta bakal isterinya bekerja selepas berumahtangga? Selain itu, bakal isterinya harus pandai berdikari iaitu pandai membawa kenderaan sendiri iaitu kereta. Sebagai seorang wanita, apa perasaan anda?
Pada pendapat saya, dari awal lagi bakal suami telah menunjukkan kelemahannya dalam menunaikan tanggungjawab. Apa tidaknya, belum apa-apa lagi telah mengenakan syarat agar membantunya mencari rezeki yang sewajibnya menjadi tanggungjawab suami.
Selain itu, sebagai seorang wanita memang berasa terbeban kerana bekerja dirasakan sebagai paksaan daripada suami bukannya sukarela. Alangkah lapangnya rasa dihati jika bakal suami tidak memaksa sama ada mahu bekerja atau tidak tetapi terpulang pada isteri.
Pendapat positif saya pula, apabila bakal suami berterus-terang mahukan bakal isterinya bekerja dirasakan agak baik juga kerana bakal suami sudah berterus-terang mengenai ketidakmampuannya. Oleh itu, bakal isteri dapat bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran ini.... Bakal suami tidak berpura-pura dalam hidupnya.
Tetapi apa yang menghairankan ialah bakal suaminya mampu untuk menanggung keluarganya tetapi mewajibkan isteri untuk bekerja? Mampu bermaksud bukanlah gaji terlalu besar tetapi cukup untuk menampung sebuah keluarga. Ditambah pula si ibu yang meminta si anak mencari isteri yang bekerja... Apakah maksudnya itu????
Bagi Nad, terpulang kepada isteri. Sebab tak wajib pun. Kalau isteri bekerja pun duit tu masih 100% hak isteri sepenuhnya.
BalasPadamBetul tu.. Barulah tiada istilah paksarela...
PadamBergantung pada individu dan situasi pasangan serta keluarga
BalasPadamJika tak mampu, nak tak nak terpaksa juga berkorban untuk bekerja..
Padam