Assalamualaikum...
Sebenarnya sudah agak lama saya tidak join contest. Tiba-tiba terbuka hati pula untuk join. Bercerita mengenai Best Friend Forever (BFF). Ermmm..menarik juga tu..tapi macam mana nak mula cerita? Idea oh idea, please coming !!
Semasa di sekolah rendah, saya ada seorang BFF. Memang rapat giler. Pergi ke mana sahaja mesti bersama. Tapi apabila masuk sekolah menengah, kami terpisah. Dia bersekolah di Kuala Lumpur dan saya di kampung iaitu di negeri Perak. Sahabat saya tinggal bersama nenek semasa bersekolah rendah di kampung. Jadi, apabila sekolah menengah dia kembali tinggal bersama ibubapanya.
Tapi persahabatan kami tidak terputus begitu sahaja. Kami sentiasa berutus surat dan pernah sekali dia balik ke rumah neneknya semasa hari raya, dan saya dapat berjumpanya kembali. Seronok tidak terkata. Walaupun bersua sebentar sahaja, tetapi kegembiraan itu tidak dapat digambarkan.
Sekarang sahabat saya sudah berumahtangga. Whatsapp dan Facebooklah yang menjadi penghubung kami. Dengan dialah saya kenal apa itu erti persahabatan. Walaupun tidak semesra dahulu tapi hati ini sentiasa bersama....
Zaman sekolah menengah pun ada BFF. Empat sekawan gitu.. Tapi biarlah rahsia.. Mungkin entri seterusnya jika berkelapangan.. Banyak sangat bercerita nanti boring pula :)
Tempat kami selalu berjumpa... Suatu ketika dahulu... |
singgah dari contest BFF tu baca entry, btw tahniah, nanti kalau ada kelapangan, mai la singgah blog cek XD
BalasPadamPasti saya akan singgah..
PadamTerima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini dan tq memilih saya sebagai pemenang...
BalasPadamSinggah jalan2
BalasPadamTerima kasih sudi berkunjung ke sini..
Padam