Rabu, 31 Mei 2023

Keychain dari Turki dan Taiwan

 Assalamualaikum dan selamat malam. Siang tadi pada waktu bekerja bukan main mengantuk lagi. Tambah pula angin dan menyebabkab sakit kepala. Sabar jerlah dan alhamdulillah masih boleh bertahan sampai balik. Bila balik pula masak nasi dan bersihkan ayam. Kemudian adik pula mengambil alih untuk memasak. Adik-adik masak sedap dan cepat. Begitulah rutin kami sampailah adik kedua berkahwin.

Keychain dari Turki, pemberian bos atau Ms Chong. Rasanya mereka sekeluarga pergi Turki pada akhir tahun 2022. Alhamdulillah ada juga ole-ole untuk pekerjanya.

Keychain dari Taiwan yang diberi baru-baru ini, 30 Mei 2023.

Ahad, 28 Mei 2023

Sedia Menerima Tempahan Rak Pasu Besi dan Penyidai

Assalamualaikum dan selamat malam. Iklan tidak berbayar tetapi menolong dengan ikhlas. Saya sudah dapatkan 3 rak pasu bunga. Ketiga-tiganya adalah 3 layer 6 kaki panjang. Harga RM160 tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran bergantung kepada tempat. Saya kena RM5 untuk kos penghantaran. 

Berbaloi membeli rak pasu ini. Pertama ia tahan panas dan hujan. Boleh tahan sampai 10 tahun katanya. Pasu yang berselerak juga lebih tersusun. Sejuk sahaja mata memandang walaupun pokok kurang menjadi.

Sedia menerima tempahan area Parit Buntar hingga Kuala Kangsar, Daerah Kerian, Larut Matang Selama. Jika berminat boleh hubungi nombor telefon 012-4520495. Harga boleh dirunding, mungkin anda bertuah jika dapat harga promosi :)

rak pasu besi
RM 270
 
 rak pasu besi

rak pasu besi

rak pasu besi

rak pasu besi

RM 160



penyidai
RM 290


penyidai

Ikan Emas Buncit

 Assalamualaikum dan selamat petang. Seekor ikan emas iaitu ikan yang paling kecil dan baru juga dibeli telah mati. Mana tak matinya, air pun tidak ditukar. Melayang RM8. Tinggal ikan emas yang buncit dan besar itu sahaja. Alhamdulillah, ia masih hidup dan masih bertahan. Ikan paling lama dibela dan satu-satunya.

Kawan kata ikan emas tak boleh makan banyak-banyak nanti cepat mati. Adik yang bekerja di kedai haiwan pula kata, jangan bagi makanan dalam kuantiti yang banyak nanti air cepat kotor. Cukuplah bagi makan pagi dan petang. Itupun dalam kuantiti yang kecil agar tidak mengotorkan air.

Ikan Emas Buncit





Ikan Emas Buncit

Sabtu, 27 Mei 2023

Harga Batu Nisan Batu Pejal Hitam Kilat

 Batu nisan untuk arwah ibu. Semoga Allah tempatkan roh ibuku di kalangan orang yang beriman dan sentiasa tenang di sana. Amin..

Jumaat, 26 Mei 2023

Biskut Raya Sedap Pemberian Whiz 2023

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Gambar lama yang baru hendak disiarkan. Biskut raya pemberian Whiz International kepada tempat saya bekerja sempena Aidilfitri yang lalu. Hamper pun ada tetapi lupa pula untuk ambil gambar. Semua biskut sedap.. alhamdulillah...



Khamis, 25 Mei 2023

Jamuan Raya Aidilfitri 2023

 Assalamualaikum dan selamat malam...

Alhamdulillah selesai sudah majlis jamuan raya Aidilfitri di kilang, pada 19 Mei yang lalu. Disambut secara kecil-kecilan tetapi tetap meriah. Pelbagai juadah yang disediakan.

Tahun ini kami kumpul duit sebanyak RM20. Bilangan pekerja Melayu yang terlibat seramai 10 orang. Jadi dapatlah dikumpul sebanyak RM200. Kemudian boss tampung sebanyak RM400. Itulah perbelanjaan jamuan raya tahun ini. Selebihnya membawa potluck seorang sedikit untuk disajikan.

Tahun ini kami tempah nasi beriani, ayam masak merah dan juga air hijau. Bilangan kepala yang ditempah sebanyak 40 kepala atau 40 orang. Nasi beriani dengan ayam masak merah, satu kepala RM8 dan air pula RM2. Sengaja tulis disini untuk rujukan pada masa akan datang.

Puding roti oleh Hajar

Cream puff RM30, 50 biji






Nasi beriani





Mee kari oleh Kak Jue

Ketupat pulut oleh Kak Jue