Memaparkan catatan dengan label Tanah Hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanah Hitam. Papar semua catatan

Khamis, 11 Disember 2025

Beli Bahan Tanaman Pokok

Assalamualaikum dan selamat petang. Baru sahaja habis makan tengahari, masih kekenyangan. Alhamdulillah.. Minggu lepas beli bahan untuk penanaman pokok. Tambah lagi tanah dan cocopeat. Harap tak beli lagi selepas ini. Guna apa yang ada sahaja. 


Antara bahan tanaman yang dibeli iaitu 5 bungkus tanah hitam beli di Jayida Nursery, sebungkus RM2. Tanah yang beli di nursery sedia digunakan terus tanpa perlu tambah apa-apa bahan lagi. Selain itu beli 3 bungkus tanah hitam, 4 bungkus cocopeat dan sebungkus sekam padi. Beli di kedai Eco sahaja.

Musuh utama tanaman. Kalau ada ia tanaman memang tak akan menjadi. Besar juga siput ini. Bila musim hujan, lagi banyak kemunculannya.

Sabtu, 5 Februari 2022

Tanah Oh Tanah...







Tidak berkesempatan lagi membeli tanah hitam untuk tanaman. Penjualnya jarang ada di rumah. Lokasi di Parit Haji Wahab, Tanjung Piandang, Perak. Satu guni tanah RM10...