Memaparkan catatan dengan label Kad Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kad Raya. Papar semua catatan

Isnin, 30 Jun 2025

Menggantung Kad Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini ambil cuti kerana menghabiskan cuti tahunan pada tahun lepas. Lega sangat dapat berehat dan meluangkan masa menulis blog. Nak ambil mood untuk menulis bukannya mudah tetapi dipaksa.

Aktiviti menggantung kad hari raya semasa zaman sekolah dahulu. Sebelum ianya dibuang lebih baik dipamerkan sehingga betul-betul buruk.

Banyak juga kad hari raya yang dikumpul. Setiap hari tunggu posmen di halaman rumah. Posmen pun bukan main laju bawa motor. Indahnya zaman dahulu kala kerana semua ahli keluarga ada. Apa yang tiada adalah kemewahan tetapi penuh kasih sayang.

Makan telur dengan ikan kering pun sudah cukup nikmat. Semuanya kerana air tangan mak. Kadang merungut juga bila mak asyik masak ikan puyu dan gulai sahaja. Biasalah kanak-kanak nak makanan yang sedap terutama ayam. Bila sudah matang baru rasa bersyukur akan nikmat itu.

Kad hari raya adalah memori bersama kawan-kawan di sekolah dan juga keluarga. Saya dengan kakak-kakak asyik tertunggu sahaja posmen. Kakak tanya, posmen lalu tak lagi? Jika sudah lalu, tak mengapalah esok sambung tunggu pula. Kadang dapat upah kerana ambil surat daripada posmen. Gembiranya saat itu...

Kakak sibuk memasak dan saya pula tunggu posmen sambil bermain. Ada juga kawan yang bagi duit raya sekali tetapi seposen sahajalah. Nak gantung baru ambil duit itu. Rezeki...

Kenangan ini akan dilepas seiiring dengan peningkatan usia agar tidak menjadi beban. Apa-apa pun ini adalah salah satu kegembiraan satu masa dulu.

Khamis, 9 Julai 2015

Kad Raya Pertama Tahun 2015

Kad Raya Pertama Tahun 2015

Terima kasih kepada sahabatku Siti Hajar kerana masih sudi memberi kad raya pada tahun ini. Nampaknya tahun ini masih juga tiada sebarang balasan dariku. 

Masa terlalu dekat untuk menyambut hari raya. Selain itu, tiada mood untuk menulis dan memberi kad raya. Tidak pernah terlintas difikiran untuk membeli kad raya walaupun kerap juga keluar membeli belah. 

Sudah bertahun tidak mengirim kad raya pada seseorang sama ada pada sahabat atau saudara. Kakak aku terkejut bila melihat aku terima kad raya "Eh..eh...lamanya tak tengok setem, lamanya tak tengok dan tak dapat kad raya "... Itu katanya...

Apa-apapun terima kasih Haja kerana memberi kad raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin :)

Sabtu, 12 Julai 2014

Kad Raya Pertama dan Mungkin yang Terakhir Tahun 2014??

Assalammualaikum....

Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah, hari ini masuk 14 hari kita berpuasa. Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa ini dan ibadah-ibadah yang lain. Bagaimana dengan persiapan raya? Harap semua ok jer....



Inilah kad raya yang saya dapat... Terkejut juga... Pemberian sahabat saya iaitu Siti Hajar Mat Radzi. Teringan zaman sekolah dahulu... Memang selalu sangat beri kad raya pada kawan-kawan... Padahal selalu jer jumpa di sekolah. TQ Hajar.. Insyaallah, jika berkesempatan saya membalasnya...