Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini ambil cuti kerana menghabiskan cuti tahunan pada tahun lepas. Lega sangat dapat berehat dan meluangkan masa menulis blog. Nak ambil mood untuk menulis bukannya mudah tetapi dipaksa.
Aktiviti menggantung kad hari raya semasa zaman sekolah dahulu. Sebelum ianya dibuang lebih baik dipamerkan sehingga betul-betul buruk.
Banyak juga kad hari raya yang dikumpul. Setiap hari tunggu posmen di halaman rumah. Posmen pun bukan main laju bawa motor. Indahnya zaman dahulu kala kerana semua ahli keluarga ada. Apa yang tiada adalah kemewahan tetapi penuh kasih sayang.
Makan telur dengan ikan kering pun sudah cukup nikmat. Semuanya kerana air tangan mak. Kadang merungut juga bila mak asyik masak ikan puyu dan gulai sahaja. Biasalah kanak-kanak nak makanan yang sedap terutama ayam. Bila sudah matang baru rasa bersyukur akan nikmat itu.
Kad hari raya adalah memori bersama kawan-kawan di sekolah dan juga keluarga. Saya dengan kakak-kakak asyik tertunggu sahaja posmen. Kakak tanya, posmen lalu tak lagi? Jika sudah lalu, tak mengapalah esok sambung tunggu pula. Kadang dapat upah kerana ambil surat daripada posmen. Gembiranya saat itu...
Kakak sibuk memasak dan saya pula tunggu posmen sambil bermain. Ada juga kawan yang bagi duit raya sekali tetapi seposen sahajalah. Nak gantung baru ambil duit itu. Rezeki...
Kenangan ini akan dilepas seiiring dengan peningkatan usia agar tidak menjadi beban. Apa-apa pun ini adalah salah satu kegembiraan satu masa dulu.
Dulu....berlumba- lumba kumpul kad raya...seronok sangat...lepas tu tengok siapa yang paling ramai peminat...nostalgia sangat kan...sekarang macam dah x ada dah...lama dah x practic gantung kad raya..sebab memang dah x pernah dapat...
BalasPadam