Assalamualaikum dan selamat petang. Kerja hakiki bertambah tetapi boleh pula tak pergi kerja. Risau sakit perut hingga tiada mood nak buat kerja. Memang ada juga sakitnya bila buat kerja duduk sahaja terutama di dalam bilik berhawa dingin. Semoga semua kerjaku dapat diselesaikan dengan baik semuanya esok.
Barang lama semasa di sekolah menengah dahulu. Menyimpan banyak kenangan. Tetapi kini harus dilepaskan kerana tiada guna lagi.
Memang susah nak buatnya ketika itu. Kalau tersilap tak menyala pula. Jika disuruh buat sekarang pun tak tahu juga rasanya.
Hanya orang yang pernah menggunakannya sahaja tahu apakah ini. Memberi kenangan sebelum pandai menggunakan komputer. Banyak penulisan yang telah dihasilkan. Gunakannya ketika sekolah menengah dulu.
Buku sekolah menengah dan juga universiti. Akan dibuang juga akhirnya. Harap rumahku makin lapang dan senang untuk dibersihkan.
CCL barang² semasa sekolah menengah terutama buku² banyak yang dah hantar ke recycle . Ada sikit² sahaja buku yang dianggap boleh dibaca lagi . Kebanyakkan silibus sekarang dah makin tinggi .silibus pembelajaran dah tak sama. Ada juga CCL bagi untuk anak jiran
BalasPadamRupanya masa sekolah menengah dulu ada pelajaran praktek elektronik ya Mbak?
BalasPadamJadi ingat, dulu masa praktek itu tugasnya macam-macam sampai membuat radio juga...asyik juga...tapi radio nya tak menyala...hehehe
Salam,