Hai semua.... Pernah main anak patung kertas ini tak masa zaman kanak-kanak dulu? Kalau nak tahu, inilah permainan yang selalu saya main bersama adik. Patung-patung kertas ini saya buat sendiri.
Semasa saya mengemas kotak-kotak dan buku lama, saya terjumpa patung kertas ini. Memang banyak kenangannya kepada saya.
Selepas ini, saya akan mengitar semula sahaja patung-patung ini. Sampah di rumah semakin banyak. Apatah lagi rumah saya akan mengadakan kenduri tidak lama lagi. Insyaallah...
![]() |
Watak utama |
![]() |
Pakaian-pakaiannya |
![]() |
Pakaian yang saya reka dahulu |