Memaparkan catatan dengan label Binatang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Binatang. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2026

Binatang Apakah Itu?

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok hari Isnin dan meneruskan kerja hakiki seperti biasa. Moga sihat cergas dan tidak berasa malas. Pagi tadi ketika siram pokok nampak binatang ini. Minggu ini asyik nampak dia sahaja di 'Sweet Garden' iaitu di kawasan tanaman pokokku. Hari ini nampak lagi. Siram pokok cepat-cepat dan ambil handphone untuk tangkap gambar.

Kali ini dia menyorok pada pokok pemberian Angie iaitu senior tempat kerja. Jika tak tengok betul-betul memang tak perasan kewujudannya.

Dia tahu sedang diperhatikan cepat-cepat nak menyelamatkan diri.

Crop bagi besar sikit. Tanya ChatGPT binatang apakah itu? Itu sesumpah atau kebanyakan orang panggil cicak kebun. Warna coklat jingga dan bentuk kepalanya memang sepadan dengan cicak kebun. Ia biasanya tidak berbahaya kepada manusia dan banyak makan serangga.

Lari tajuk sikit, pokok kesukaan sebab paling subur. Ini sahaja yang menjadi, pokok dalam pasu lain sangat kecil dan daunnya banyak rosak.

Menjadi juga pokok kucai. Sedapnya kalau buat cucur udang. Tapi apakan daya tak boleh makan sangat risau angin. Bila adik balik kampung, akan beri padanya. Anak buah suka makan cucur udang.

Selasa, 7 Oktober 2025

Tupai di Pokok Belakang Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pertama kali nampak tupai di belakang rumah. Selama tinggal di sini tidak pernah nampak lagi. Patutlah buah betik abah selalu kena tebuk.

Ambil video untuk tunjuk bukti pada adik-adik. Kemudian jadikan gambar untuk letak di blog.

Bertambah lagilah binatang di rumah. Belum cerita pada kawan lagi. Dulu dia kata macam-macam binatang di rumah hang. haha..

Hari itu abah dan abang bakar sarang tebuan di pokok jambu susu. Harap tidak ada binatang berbahaya yang lain...

Khamis, 24 April 2025

Binatang Terperangkap Dalam Besen di Bilik Air

Assalamualaikum dan selamat pagi. Petang tadi hanya makan bihun laksa. Kuah laksa pun kuah yang disimpan sejukbeku kerana tidak habis makan sebelum ini. Sekarang ini rasa pening kepala masuk angin kerana tidak makan nasi. Nak buat macam mana tak terasa nak makan nasi. 


Binatang ini sudah terperangkap hampir 3 hari dalam besen. Cuma diriku yang tak tahu kerana adik tutup dengan penutup bekas air. Bila ku nak ambil besen untuk basuh baju, terkejut sangat bila nampak binatang ini. Sekali tengok macam biawak tapi bukan, spesis lain yang tidak diketahui.

Nasib baik nampak abah lalu ketika itu untuk ke dapur. Cepat-cepat panggil abah untuk mengeluarkannya. Abah bawa keluar besen tersebut dari bilik air. Binatang tersebut memang terperangkap, tak boleh melompat keluar pun. Syukur alhamdulillah bukan ular, jika tidak mesti badan mengeletar satu badan. Nampak binatang ini pun sudah terkejut sangat...

Khamis, 16 Februari 2023

Binatang Apakah Itu?

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pukul 12 nanti bolehlah tidur sebab esok perlu bekerja pula. Tulis blog santai-santai di malam hari untuk mengisi masa yang ada. Penat memang penat tetapi sengaja hendak meluangkan masa pada blog kesayangan.

Godek-godek laptop jumpa gambar ini. Kenal tak binatang apakah ini? Saya pun tak pasti namanya. Adakah itu mengkarung? Kerja kucing di rumahlah yang membawa masuk binatang pelik-pelik. Macam-macam dia bawa masuk seperti ular yang telah mati, burung dan tikus. Kadang-kadang rimas juga dibuatnya. 

Tetapi sekarang kucing itu telah tiada. Dia telah mati dan bangkainya tidak ditemui. Ketika dia sedang sesak nafas, dia telah pergi meninggalkan rumah. Jadi tiada siapa menemuinya lagi. Kami semua percaya bahawa dia telah mati kerana keadaan dia begitu tenat. Sekian untuk malam ini, cerita imbas kembali.