Memaparkan catatan dengan label Shopee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopee. Papar semua catatan

Selasa, 23 Disember 2025

7 Tahun Lebih Bersama Shopee

Daftar Shopee pada 19 Mac 2018. Risau juga barang yang dipesan tak sampai di rumah kerana tak pernah beli online.

Membuat lebih 108 pesanan sepanjang tempoh 7 tahun ini. Seronok sangat barang yang dipesan sampai depan rumah. Tak perlu nak keluar rumah lagi. Semuanya di hujung jari.

Barang pertama yang dipesan ialah acuan biskut samperit. Sukar untuk dapatkan di kedai biasa acuan tersebut.

Barang paling mahal pernah beli ialah bread maker. Ketika itu masa PKP, masuk kelas online belajar buat roti. Jadi untuk praktikkan beli bread maker agar dapat  buat sendiri di rumah.

Berbelanja lebih RM 3,296 sepanjang tempoh 7 tahun lebih. Rasanya belanja di TikTok lebih banyak dari Shopee kerana asyik teracun di live. 

Jumaat, 1 Januari 2021

Borong Barang 10 Sen di Shopee

Bila dapat tahu ada barang murah iaitu 10 sen di Shopee, cepat-cepat terus membeli. Walaupun murah dan macam tak sesuai jer untuk membeli, tapi sekurangnya dapat melepaskan keinginan untuk shoping...haha... Yang seronoknya free shipping, sebab itu tak kisah beli barang tidak berfaedah.

Sebenarnya banyak lagi, ini sebahagian sahaja. Boleh beli satu sahaja setiap barang.

Abah tegur kenapa banyak sangat kena terima barang. Asyik kena hon dengan penghantar barang sahaja... Sorry abah :)

Inilah barang yang telah dibeli di Shopee. Dalam banyak-banyak barang tersebut, penyangkut sahaja yang telah digunakan. Barang lain tak ingat letak di mana :)

Ahad, 23 Februari 2020

Seronok Membeli di Shopee 2019

Alang-alang internet ok dan tak buat hal, kita pederas tulis banyak-banyak entri. Inilah dia antara barang yang dibeli di Shopee pada tahun 2019. Sebenarnya banyak lagi yang dibeli tapi tak simpan pula gambarnya. Biasalah untuk mendapatkan coin di Shopee, kita perlu komen dan ambil gambar barang yang dibeli. Automatik akan tersimpan dalam handphone tetapi gambar lain tak jumpa pula. Mungkin terus ambil gambar di akaun Shopee tersebut. 

Barang lain yang dibeli pada tahun 2019 ialah acuan kuih samperit pecah 15. Harganya RM 10.80. Kedua baju renang muslimah RM34. Ketiga Cadbury Hot Drinks RM 14 dan yang terakhir Underwear Storage RM10, saya beli dua untuk dapatkan free shipping. Jom layan barang lain di bawah :


Harga asal RM 8.80
Kos penghantaran RM 5.04
Beli sebab ada promo kod RM 7.70
Jumlah yang perlu dibayar RM 6.14



Harga asal bagi dua dompet RM 16.56
Kos penghantaran free sebab ada promosi free shipping 
Dihadiahkan kepada BFF sempena hari lahirnya iaitu Ain dan Ean

Harga barang RM 9.75
Free shipping

Saya suka beli barang semasa promosi free shipping. Selain itu, gunakan coin yang ada sebelum tamat tempoh. Membeli-belah secara online kadang-kala dapat memberi kepuasan dan kegembiraan jika barang yang diterima dalam keadaan baik dan harga yang berpatutan. Anda pula bagaimana?