Rabu, 25 September 2019

Biskut Raya...

Entri peram baru sekarang nak publish. Kuih raya pemberian sahabat, Hajar. Ada biskut red velvet, tart nenas, almond london, biskut oreo dan satu lagi tak tahu nama apa. Semua biskutnya sedap-sedap belaka. Terima kasih kerana sudi memberi pada kami. Bekas telah dibalas pada hari raya Haji. Lama betul! Dapat biskut Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha baru balas...

Biskut Raya

Di bawah ini pula kuih raya tak habis pada tahun lepas, 2018. Lama betul la...

Biskut Raya

Nota :
Entri suka-suka, ambil gambar dan publish.
Tak nak beratkan laptop, publish di blog dan delete gambar.

Selasa, 24 September 2019

Nikmat Dunia Part 2

Jom layan nikmat dunia yang diberi oleh Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah...

 Nasi Goreng Ayam
Tanjung Berembang, Nibong Tebal
RM5

 Cendol di Kuala Kangsar, Perak. 

 Mee Kari

 Laksa dan ABC di Kuala Kangsar juga...

 Tempeyek sempena Hari Raya Haji
50 keping RM 11
Tempah dengan Midah Laksa, Tanjung Piandang
Sedap sangat !!

 Kek sempena birthday Ms Chong dan Jackson

 Mee Bandung
Pasar hari khamis, Sg Baharu Kuala Kurau
RM2.50
Kurang sedap sebab terlajak masin adik kata...

 Menikmati di Brader's Cafe, Parit Buntar
Air tembikai laici dan air kiwi
Saiz kecil RM 3.50

 Nasi Goreng Chicken Chop
Brader's Cafe
RM9


Isnin, 23 September 2019

Ole-Ole dari Australia

Terima kasih kepada Terry, rakan sekerja yang memberi ole-ole ini. Sekurang-kurangnya ada juga barang dari Australia walaupun tidak pernah jejak kaki ke sana. Nak sampai ke sana rasa jauh sangat. Apa-apapun Tanah Suci yang perlu dikunjungi dahulu. Amin... Terima kasih sangat kerana beri ole-ole ini...

Ole-Ole dari Australia
 Comel kotak kecil ini...

Ole-Ole dari Australia
Ada pengapit kuku...

Ole-Ole dari Australia
 Dompet @ bekas isi mekap @ isi barang. Semua boleh...

Ole-Ole dari Australia
Pelekat magnet...

Ahad, 22 September 2019

Hasil Berbudi Pada Tanah

Berbudi pada tanah, pasti akan mendapat hasilnya. Kena rajin usahakan baru dapat. Tanam sahaja tetapi tidak dibaja dan disiram, tak menjadi juga. Alhamdulillah, bukan saya yang tanam tetapi adik dan mak. Banyak juga pokok yang ditanam. Di bawah adalah dua jenis hasil, yang menarik perhatian saya.

labu air panjang

Sayur labu air. Panjang sungguh. Potong tiga dan bagi pada jiran-jiran :)

cabai kembar

Cabai kembar, kongsi tangkai yang sama. Satu ini saja yang pelik. Tak pernah jumpa lagi. Cabai yang lain normal jer.


Geli pun ada bila tengok di posisi ini...

Agar-agar Nangka

Bila nangka banyak di rumah, jadi kena masak sesuatu. Maka terhasillah agar-agar nangka ini. Bahan-bahannya ialah agar-agar, susu cair, gula pasir dan nangka.

Agar-agar Nangka
 Kisar nangka hingga hancur. Masukkan dalam agar-agar yang telah dimasak. Potong juga nangka kecil-kecil agar lebih sedap. Susu cair dan gula letak juga tau...

Agar-agar Nangka
 Hidangan pencuci mulut dan penyejuk tekak. Penggemar nangka dan agar-agar bolehlah cuba. Di samping itu, dapat mengelak nangka dari rosak...

Agar-agar Nangka

Nikmat Dunia Part 1

Minggu ini mood tidak baik sangat. Fikiran melayang-layang. Jiwa tak tenteram. Banyak sangat dosa yang telah dilakukan. Badan rasa semacam sangat. Fikiran melayang pada perkara yang tidak baik.

Jauhkan sifat tak baik dalam diri ini. Jauhkanlah dan tenangkan hati yang bergelora ini... Oleh itu, cuba menghabiskan masa dengan menulis dan lari dari fikiran negatif itu. Belek-belek laptop tengok gambar apa yang boleh dibuang. 

masak lemak nangka muda
 Gambar pertama masak lemak nangka muda. Air tangan mak. Nangka muda dari pokok di rumah sendiri. Alhamdulillah...

cucur jagung
 Gambar kedua cucur jagung. Jagung adalah pemberian dari sahabat iaitu Ean. Dia bagi dua tongkol. Apa lagi bolehlah buat cucur... Alhamdulillah...

bubur gandum dengan durian
 Bubur gandum dengan durian. Buat masa nak pergi berkelah di Ban Pecah, Tanjung Piandang. Buat kuew tiaw goreng sekali. Alhamdulillah...

kuew tiaw goreng

Sabtu, 21 September 2019

Hadiah Birthday 2019

Hadiah yang diterima pada tahun ini sempena menyambut kelahiran ke 33 tahun. Sudah tua sebenarnya. Banyak benda yang mudah lupa. Kalau di pejabat ada sahaja yang tak ingat. Maaf kerana banyak menyusahkan orang...


Hadiah yang diterima daripada sahabat baik, Ean. Beg kertasnya pun dah lawa...

 Banyak hadiah dalam beg kertas tersebut...


Inilah dia hadiahnya iaitu beg, frame, bekas makanan dan minyak wangi. Minyak wangi itu limited edition sebab buatan sendiri. Susah nak dapat. Minyak wangi bau harumnya tahan sampai malam. Sayang sangat kalau habis.


Ini pula hadiah dari sahabat baik juga iaitu Ain, bunga sabun. Cantik dan wangi sangat. Hasil tangan kak iparnya.

Terima kasih sahabat kerana masih ingat padaku. Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir nyawa dan membawa ke syurga. Amin... Berkongsi untuk kenangan...

Selasa, 10 September 2019

Mendapat Cabutan Bertuah Sempena Family Day GAHZA 2019

Sebelum ini saya pernah merajuk kerana tak pernah mendapat cabutan bertuah langsung di kilang tempatku kerja. Alhamdulillah ada juga rezeki mendapatkannya di tempat lain. Nak tengok entri itu? Klik di sini.


Inilah dia hadiah cabutan bertuah yang diperoleh sempena family day GAHZA 2019. Family Day ini bersama keluarga sebelah abah yang mempunyai 10 orang adik-beradik. Semua adik-beradik pakat berkumpul untuk mengeratkan hubungan persaudaraan.


Ada sejadah di dalamnya. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi rezeki. Adikku yang lelaki juga turut mendapat cabutan bertuah. Hadiahnya jam dinding. Kami berdua sahaja yang dapat dalam keluarga. 

Isnin, 9 September 2019

Kek Birthday 2019


Inilah dia kek hari lahir saya pada tahun ini. Cerita ini sudah lama berlalu iaitu pada Mac 2019, tetapi baru kini ada mood dan masa untuk siarkan. Kek yang ditempah untuk diri sendiri. Untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Kebetulan adik yang universiti cuti semester dapatlah sambut bersama...


Kek ini ialah kek indulgence. Tempah dengan Kak Aisyah dari Tanah Kebun, Parit Buntar, Perak. Nombor telefonnya 011-1868 6216. Kak Aisyah jangan marah ya adik letak nombor kak di sini, senang untuk rujukan. Bukan apa kalau handphone rosak, habis hilang semua nombor. Harga kek ini RM30 sahaja. Saiz kek 5 inci. Kalau sesiapa yang berminat boleh hubungi Kak Aisyah. Tetapi orang yang tinggal berdekatan sahajalah. Kalau jauh kena ambil sendiri di rumahnya. Sekian....

Isnin, 2 September 2019

Kek Sempena Hari Merdeka!!!


Teringin makan kek sebab sudah lama tidak merasa kek beli. Kali terakhir makan kek beli pada bulan Mac yang lalu. RM20 jer harga kek ini. Tuan jual panggil kek bajet. Tempah dengan Cahaya Petunjuk (Facebook). Tak boleh request tema kerana kek bajet. Jadi la asalkan dapat makan...


Adik-adikku juga suka makan kek. Sempena cuti dan sebelum mereka kembali ke universiti dan sekolah, dapatlah merasa kek ini. Seronok dapat menggembirakan hati mereka.... Sekian, coretan pemalas dariku..:)

Ahad, 18 Ogos 2019

Jom Buat Duit dengan Hanya Membaca dan Berkongsi Artikel Menggunakan Aplikasi Cashzine

Kali ini saya nak share satu aplikasi di telefon pintar kita iaitu Cashzine. Aplikasi ini membolehkan kita menjana pendapatan dengan hanya membaca dan berkongsi artikel. Artikel yang disediakan merupakan artikel yang menarik dan boleh memberi maklumat kepada kita. Selain itu, artikel tersebut juga terdapat isu-isu semasa yang berlaku dalam negara kita. Pendek kata memang tak jemu membaca artikel. Baca artikel pun boleh dapat duit, itu bestnya.
  

Anda nak cuba? Caranya senang sahaja, anda perlu install aplikasi Cashzine, daftar dan baca artikel. Point akan diberikan. Setiap 10000 point yang dikumpul bersamaan RM1.00. Apa lagi tunggu sila klik di sini dan download aplikasi tersebut.

Sesudah berjaya daftar, sila login. Tengok sama ada anda sudah dapat 8000 point atau belum. Jika belum pergi ke Me atau Saya dan cari perkataan masukkan kod jemputan. Klik di situ dan masukkan kod ini 1914767. Dengan serta merta anda akan mendapat 8000 point bersamaan RM0.80.

Nak lebih mudah klik sahaja di sini dan download. Jika belum dapat 8000 point masukkan sahaja kod 1914767 pada kod jemputan anda. Sangat mudah dan seterusnya anda bolehlah membaca artikel di dalam aplikasi tersebut serta menjana pendapatan.

Selasa, 2 Julai 2019

Surat Pertama dari Google Adsense

Google Adsense 10 USD

Alhamdulillah, sudah dapat surat pertama dari Google Adsense. Surat ini bertujuan untuk pengesahan alamat dengan memberikan nombor pin dan perlu disahkan di akaun Google Adsense kita. Apabila pendapatan mencapai 10 USD baru surat ini dihantar kepada kita.

Memang susah juga hendak mencapai 10 USD. Selama tiga bulan juga saya menunggu. Nak dapat 0.05 USD sehari pun susah. Doakan saya ada rezeki untuk mencapai 100 USD. Apabila mencapai 100 USD baru pendapatan boleh diperolehi. Apa yang penting saya berusaha dan terus berusaha :)

Sabtu, 29 Jun 2019

Beli Kereta Secara Cash

 Bukan saya yang beli kereta tetapi orang lain.
 Saya lesen motor dan kereta pun tiada. 
Lesen basikal pun dah mati...

 Jurujual Perodua tersebut...

Bermulalah kehidupan baru buat pembeli kereta tersebut.
Sekian...

Pengalaman Beli Baju Online

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Cuaca pada pagi ini sangat baik di tempat saya. Tempat anda bagaimana pula? Saya pernah membeli baju online sebanyak empat kali. Tiga berjaya mendapat barangnya dan satu lagi berjaya ditipu dengan jayanya. Kalau nak tahu cerita klik di sini. Memang tak boleh lupa sampai bila-bila.

Pengalaman pertama saya membeli dress atau jubah. Harganya bawah RM100. Bajunya sesuai dengan harganya. Berpuas hati dan tiada sebarang masalah. Saya beli di facebook. Dress warna merah. Cuma dress tersebut agak besar dipinggang dan membuat saya kelihatan gemuk. Tukang jahit kata baju tersebut tak elok, kain pun tak sedap. Jangan beli online lagi. Bagi saya ok sahaja sebab sesuai dengan harganya. Bawa pergi kedai dan betulkan kena RM3. Habis cerita. Bila gemuk nanti, buka jahitan tersebut semula :)


Ini baju kedua yang saya beli secara online. Saya memang tak pandai bab pilih saiz. Pakai hentam jer. Jadi baju yang dibeli terlajak besar. Kebetulan fabrik baju yang saya terima ada sedikit kerosakan. Oleh itu, saya wajib menukar yang baru. Kalau kita beli secara online, kena tanya betul-betul sama ada boleh tukar ataupun tidak. Itu adalah perjanjiannya. Sebab ada sesetengahnya tak boleh tukar lagi. 

Oleh sebab saya perlu tukar saiz dari XL ke L maka saya terpaksa membayar sendiri kos penghantaran. Itu merupakan salah saya kerana silap memlilih saiz. Kemudian, ada kerosakan pada baju tersebut maka jurujual tersebut terpaksa membayar kos penghantaran ketika hendak pos kembali kepada saya. Maksudnya win-win situation. Jika salah saya sahaja terpaksalah saya membayar sendiri kedua-dua kos penghantaran.

Apabila mendapat baju yang baru. Malangnya baju tersebut masih dalam keadaan yang tidak memuaskan. Baju tersebut mempunyai jahitan yang tidak kemas dan bertindih hingga menampakkkan kecacatannya. Saya tunjukkan pada penjual tersebut. Pada mulanya dia tak mahu bertanggungjawab, lama-kelamaan dia bersetuju untuk memulangkan semula duit. Bukan salah saya kenapa saya harus terima baju yang tidak berkualiti?

Tetapi sebagai manusia, saya harus bertimbang rasa. Setelah jurujual tersebut mengakui kesilapannya, saya dengan senang hati tidak jadi memulangkan baju tersebut. Memang niat saya jika jurujual tersebut mengakui kesilapan, saya akan mengalah. Jadi saya pakai sahaja baju yang sedikit cacat dan tidak kemas itu.

Pengalaman ketiga saya membeli baju di Butik Dato Siti Nurhaliza. Dato Siti yang promote baju tersebut. Harganya memang sangat murah. Tak sampai RM 100. Tetapi sedihnya baju yang diterima iaitu fabriknya ada sedikit rosak bekas kena seterika.



Jadi saya terpaksa memulangkan balik baju tersebut. Pada mulanya saya membeli warna biru tetapi kerana kehabisan stok saya memilih warna merah pula. Kainnya memang kembang bak puteri tetapi terlalu labuh hingga terpaksa gulung sebanyak 3 kali. Tak apalah, kita potong sahaja kain tersebut tapi saya gulung sahaja sebab malas nak pergi kedai. Memang saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Seronok juga dapat merasa baju dari butik Dato Siti :)

Boleh buat rujukan saiz nanti...


Pengalaman keempat memang sangat mendukacitakan. Terus kena tipu dengan manusia yang tidak bertanggungjawab. Cuba klik di sini jika nak tahu cerita. Saya redha dan saya terima. Saya tidak akan halalkan walau satu sen pun duit yang diterima. Saya bersyukur sangat ditipu dalam jumlah yang sedikit. Jika jumlah yang besar memang terasa ralatnya. 


Dress ini yang saya idamkan tetapi tidak menjadi kenyataan. Memang saya pelik kenapa kos penghantarannya terlalu murah RM5. Tetapi kalau di Shopee memang harganya begitu. Sekarang ini saya tak tahu sama ada nak percaya atau tidak peniaga online lagi. Iklan di facebook memang banyak di wall kita. Baju memang cantik-cantik. Iklan banyak sampai tenggelam cerita kawan-kawan. Bagaimana agar tidak menjadi mangsa penipuan yang seterusnya???

Isnin, 24 Jun 2019

Contest Saya Nak Duit Raya

Jom ramai-ramai sertai contest saya nak duit raya. 
Mana tahu ada rezeki, dapat duit raya. 
Bukan senang nak dapat duit raya bila sudah besar :)
Nak sertai klik di sini atau klik pada banner.


Contest tamat pada 1 Julai 2019
Semoga berjaya :)

Ahad, 23 Jun 2019

Biskut Raya yang Wajib Ada

biskut semperit

biskut semperit

Kenapa biskut semperit wajib ada? Biskut semperit kegemaran mak. Mak memang suka, lagipun biskut ini rasanya kurang manis dan boleh makan banyak. Mak memang ada penyakit kencing manis dan kena berhati-hati bab makan....

biskut mazola

biskut mazola

Biskut yang kedua adalah biskut Mazola atau biskut kacang. Jangan ingat itu biskut buah pinggang pula yer. Sengaja buat bentuk lain sedikit. Biskut malas nak letak kacang. Biskut ini wajib ada kerana biskut ini sedap dan lain dari biskut lain kerana berasaskan kacang dan minyak. Kebanyakan biskut yang saya selalu buat letak marjerin dan hanya biskut ini menggunakan minyak. Peminat kacang memang suka biskut ini.

Tapi pada tahun ini biskut ini kurang mendapat sambutan. Pertama mak tak boleh makan manis dan kedua mak tak boleh makan kekacang. Selain itu, biskut ini saya buat dua adunan. Jadi lambat sedikit nak habis. Tapi biskut ini memang sedap jika mengikut sukatan yang betul. Nak resipi? Klik di sini. Kalau nak tahu biskut Mazola saya buat jual dengan menggunakan resipi tersebut. Pelanggan saya adalah terdiri daripada guru-guru. Sekarang tak menjual lagi kerana penat bekerja. Kehidupan dahulu merupakan penanam anggur :)