Sabtu, 29 Oktober 2022

Ujian Komputer Untuk Mengambil Lesen Kereta... Bila Nak Bersedia?

 Alhamdulillah, banyak perkara telah selesai dilaksanakan pada bulan Oktober ini. Antaranya fire drill atau latihan kebakaran di kilang dan juga family day G-AHZA. Satu sahaja yang belum terlaksana iaitu test komputer untuk mengambil lesen kereta.

Bila usia makin meningkat, membaca dan mengulangkaji pelajaran semakin rumit. Apa yang dibaca sukar untuk diingat. Oleh itu, tiada keberanian untuk menghadapi ujian komputer lagi. Semoga Allah mempermudahkan urusan ini. Amin...

Lesen kereta automatik RM1544, tetapi yang peliknya kenapa di bawah ejen lagi murah? Tak sampai RM1400 berbanding daftar sendiri di pusatnya.

Buku yang harus dibaca. Sentiasa ada disisi tetapi tak pernah sentuh :)

Dengar ceramah pada 24 September 2022 yang lalu. Sampai sekarang masih belum bersedia untuk menduduki ujian komputer. Harap tiada expiredlah ceramah tersebut. Sepatutnya seminggu selepas ceramah, sudah boleh ambil.

Akademi Memandu Perak Utara (AMPU)

Ahad, 16 Oktober 2022

Kenduri Rumah BFF Sempena Ahli Keluarganya Menunaikan Umrah

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hujan di pagi hari ini. Sejuk saja rasa, nak bangun pun susah. Baju yang dibasuh kelmarin pun masih belum kering. Semoga ada sinar mentari di waktu tengahari nanti. Jika tidak habislah baju tidak kering.

Majlis kenduri doa selamat sempena mak, kakak dan adik BFF akan menunaikan umrah. Kenduri pada 17 September 2022 yang lalu. Masa entri ini ditulis keluarganya telah selamat pulang dari menunaikan umrah.

 
Besar juga majlis kendurinya siap pasang dua buah khemah untuk keselesaan.  Juadah pastinya perkhidmatan katering satu orang RM9. Laksa tuan rumah buat sendiri. Ada lagi nak tulis tapi lupa. Itulah tak tulis masa awal. Penting sebagai rujukan.

Siap dapat macam-macam lagi yang menarik. Bukan kita yang bersedekah tapi tuan rumah yang bersedekah. Semoga mereka murah rezeki. Amin.

 
Inilah dia isi dalamnya 
 
Sampul berisi duit pun ada cuma tak ambil gambar. Terima kasih sangat :)

Ahad, 9 Oktober 2022

Happy Old Day 2021

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hujan rahmat di pagi hari ini. Alhamdulillah... Rasa malasnya nak bangun daripada tidur. Seronoknya sambung tidur di pagi hari minggu. Tapi perut tetap harus diisi. Jadi kenalah bangun juga.

Terjumpa gambar lama yang belum dimasukkan dalam blog kesayangan. Walaupun blog sudah tidak mendapat kunjungan yang banyak seperti dulu tetapi di hati masih setia dengan blog.
Birthday adik lelaki, tahun 2021. Happy Old Day, adik bongsu punya kerjalah. Dia kalau nak kenakan orang nombor satu. Tapi memang semakin tua pun dari umur sebelumnya.

Ahad, 2 Oktober 2022

Adik Lelaki Balik Kampung Sepenuhnya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selamat bercuti di hujung minggu. Entri ini berkisah adik lelaki yang pulang ke kampung sepenuhnya. Semasa PKP dan selepas PKP, dia hanya bekerja dari rumah sahaja. Malah turut bekerja dari kampung tetapi menyewa sebuah rumah di Kuala Lumpur. Jadi rugilah rumah disewa tapi tidak diduduki.

31 Ogos 2022 yang lalu, dengan bayaran sebanyak RM1200 dari Kuala lumpur ke Perak.
Semua barang dimasukkan dalam lori termasuk sebiji motor. Berbaloi kerana memudahkan kerja.
Antara barangan yang ada
Lama juga adik berhijarah ke Kuala Lumpur, hampir kesemua barang rumah dimiliki.
Jadi, penuhlah rumah kami yang telah sedia penuh dengan barang dan manusia. Sampai peti ais diletak di ruang tamu.

Sabtu, 1 Oktober 2022

Dapat Pek Sampel Lipton Uncang Teko Ekstra Kaw

Masuk sudah bulan Oktober 2022, cepatnya rasa masa berlalu. Banyak juga perkara yang berlaku pada bulan September yang lalu. Pertama mendapat tahu si dia mencintai kak angkat dan bulan itu juga memaafkannya kembali. Kenapa maafkan? Mungkin tak rasa untuk berkenalan dengan insan lain bermula dengan zero. Tertutup sudah. Pada bulan September juga, mula terfikir untuk ambil lesen kereta.

Pada 24 September 2022, mulalah dengar ceramah. Walaupun masih mimpi tetap teruskan juga. Penakut sebenarnya untuk belajar memandu. Semoga dipermudahkan Allah S.W.T.

Dapat pek sampel Lipton Uncang Teko Ekstra Kaw. Tak sempat lagi untuk membancuhnya. Pasti lebih enak dengan ekstra kaw. Terima kasih Lipton.