Sabtu, 27 Jun 2020

Selamat Hari Lahir Adik-adikku


Alhamdulillah dikurniakan adik-beradik yang ramai dan tidak pernah merasa sunyi dengan kehadiran mereka. Pejam celik pejam celik semuanya sudah besar. Hanya dua orang sahaja yang masih belajar.


 Happy Birthday buat adik-adikku...

 
Happy Birthday Ika

 
 
Kek Red Velvet


 Syafiqah 20 Januari
Fitri 22 Februari
Arifah 24 Mac


Kek bajet jer..


Gambar kek tak sempat diambil...
Hanya gambar resit sebagai kenangan...
Badariah 12 Mei

Happy Birthday Nur Farhan Fatehah

Kebetulan anak saudara balik ke kampung dan hari lahirnya iaitu 17 Jun, jadi bolehlah buat surprise kek birthday. Itu sahaja yang sempat kerana sibuk bekerja dan baru sahaja tahu. Alhamdulillah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dapat juga mereka pulang ke kampung berjumpa keluarga.


 Happy Birthday
Nur Farhan Fatehah
11 Tahun




Free Sample daripada Libresse

Free Sample daripada Libresse
 Alhamdulillah... dapat free sample daripada Libresse...
Terima kasih Libresse...

Free Sample daripada Libresse
Nak juga klik di sini.....

Rabu, 17 Jun 2020

Set Katil Baru Selepas Perintah Kawalan Pergerakan

Mimpi apa pun tak tahulah tiba-tiba beli katil dan tilam baru. Mulanya teman adik sahaja untuk beli penyidai baju. Akhirnya kita terjebak sekali. Melayang duit kita RM750. Katil harga RM299 dan tilam spring RM488. Minta kurang dapatlah harga tersebut.


Sebelum ini guna katil single jer maklumlah kita single.
Tapi sekarang still single. huhu...



Cuba teka kita beli apa?


Jeng... jeng... jeng...

Beli kelambu tiang di shopee pula... RM70 termasuk pos
Cadar beli di Billion RM 25
Satu lagi cadar patchwork tiada dalam gambar RM70. 
Kualitinya sangat teruk. Salah sendiri tak tengok dulu sebelum basuh...

Ahad, 14 Jun 2020

Biskut Raya Buat Rakan Sekerja


Ada lebihan biskut dari termakan banyak, lebih baik bagi pada orang. Biskut ini sudah lama diberi selepas raya. Masih fresh lagi dan sedap. 


Hanya untuk tiga orang sahaja. Itupun setelah dikenal pasti mereka sukakan biskut raya. Beri pada seorang Melayu (bujang dan tak dapat balik kampung), Cina (dulu suka makan biskut raya sekarang tak tahu la) dan India (dia nak kuih raya dan minta pada adik).

Buah Tomato Pertama dan Terakhir

Pokok tomato ini sangatlah tinggi, kemudian semakin hari semakin menunduk dan melepak di pokok lidah mentua. Kemudian barulah ianya berbunga dan menghasilkan buah. Kewujudan buahnya tidak disedari. Apabila besar baru nampak sebab ia menyorok disebalik pokok lidah mentua. 


Pada mulanya rasa nak cabut sahaja pokok tomato tersebut kerana terlalu tinggi dan terlalu lama tidak berbuah. Mak kata pokok tersebut sihat, biarkan jer la... Selagi pokok itu hidup biarkan ia bernyawa.


Tinggi pokok melepasi beberapa buah pasu yang lain


Inilah buahnya iaitu yang pertama dan juga yang terakhir. Pokoknya sudah layu dan diganti dengan tanaman yang lain.

Pendapatan Harian Google Adsense Paling Tinggi

Setakat hari ini, sebanyak USD 0.57 sahaja merupakan pencapaian harian tertinggi saya dalam Google Adsense. Itupun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga bulan puasa.


Jika tidak USD 0.01 pun sukar untuk diperoleh. Untunglah Sugu Pavitra berjaya memperoleh pendapatan dari Google Adsense. Tahniah hasil dari kerja keras anda. Video Sugu Pavitra memang terbaik dan ikhlas menyampaikan ilmu. Berharap semoga saya juga dapat merasa pendapatan dari Google Adsense. Amin...

Ahad, 7 Jun 2020

Kenangan Ramadan Tahun 2020

Ramadan telah pun lama berlalu dan kini Syawal pula kembali. Walaupun Syawal kali ini sangatlah hambar tetapi tetap dirai dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi. Kenangan Ramadan? Alhamdulillah puasa kali ini diberi kesihatan yang baik. Semua ahli keluarga yang sepatutnya ada sentiasa bersama. Jika tiada PKP pasti adik akan berpuasa di universiti. Mujur dia sempat pulang sebelum kebenaran pulang oleh pihak universiti ditarik balik.


Juadah berbuka puasa yang bagi saya cukup banyak dan sukar untuk dihabiskan. Puas sangat makan kuih di bulan puasa ini. Alhamdulillah...


Jenis makan layan diri, ambil makanan banyak-banyak letak dalam pinggan  :)