Sabtu, 16 Mac 2019

Dapat Acuan Biskut Free


Terima kasih buat kawanku Siti Fauziah atau lebih dikenali sebagai Acu Siti di facebook kerana memberi acuan percuma ini. Terima kasih juga buat Siti Hajar yang tolong pilih dan ambilkan acuan ini untuk saya.

Insya Allah saya akan menggunakan acuan ini tidak lama lagi. Semoga biskut saya sedap dan comel. Apa-apa pun terima kasih kawan dan sahabatku...

Selasa, 12 Mac 2019

Chicken Chop RM5


Chicken chop pasar malam hari Selasa di Tanjung Piandang, Perak RM5. Harganya memang sangat murah dan berbaloi. Kenyang sangat walaupun agak keras kerana sudah sejuk. Ada juga gerai lain menjual chicken chop harga RM6.

Nanti saya akan bandingkan kedua-dua chicken chop tersebut. Insya Allah... Inilah chicken chop paling murah ditempat saya dan mengenyangkan...

Tumpang Letak Gambar Kek Batik

Rimas terlalu banyak gambar dalam laptop. Sebelum buang letak dulu di blog sebagai kenangan. Kek batik memang sedap. Bahan asasnya roti merry, susu pekat manis, buttercup dan milo. Kek ini agak mahal kos untuk membuatnya tetapi senang untuk dibuat.








Sudah lama tidak membuat kek batik. Rasa teringin sangat baru buat. Kalau kena penyakit 'M' benda senang pun tak terbuat. Nak ke dapur pun malas...

Agar-agar Cendol Susu Tahun Baru Cina

Sempena cuti tahun baru Cina, berkesempatan membuat agar-agar Cendol Susu. Memang sedap dan nikmat rasanya. Tambahan sekarang cuaca panas. Sebelum ini saya pernah tulis resepi di sini.

Tak sangka sudah pernah buat. Gambar yang lama pun cantik. Kebiasaan agar-agar saya sukat air menggunakan mug. Gula pula perlu rasa. Kalau puasa susah hati juga kalau tak sedap sebab tak boleh rasa.

Jom layan gambar di bawah. Kejadiannya memang tak begitu cantik tetapi sedap. Cendol pun banyak. Puas sangat makan :)



Blog Sajian Hati Lulus Google AdSense


Alhamdulillah, blog saya iaitu blog Sajian Hati telah lulus iklan Google AdSense. Macam tak percaya sahaja boleh lulus. Saya pun tak tahu apa yang saya buat sebenarnya. Sekadar mencuba dan mencuba dan akhirnya lulus.

Banyak juga kemusykilan di hati, boleh ke letak iklan lain bersama iklan AdSense contohnya iklan Nuffnang. Boleh ke tak? Lagi satu trafik blog saya yang rendah adakah mampu menjana pendapatan. Terakhir, iklan saiz apa yang sesuai diletak yang boleh jana income dan sejuk mata memandang?

Itu sahaja persoalan saya setakat ini. Ada saya pernah dengar google AdSense pernah ban blog. Risau juga dibuatnya. Apa-apa pun kita cuba sahaja. Berjaya atau tidak yang penting berusaha :)

Ahad, 3 Mac 2019

Sukanya Bila Mak Buat Kuih

Balik dari kerja, nampak kuih yang masih panas. Alangkah bahagianya. Air tangan mak pula tu. Lagilah nikmat. Mak jarang buat kuih. Kalau teringin sangat baru mak buat. Nak harapkan anak-anak buatkan memang lambat sikitlah sebab sibuk bekerja dan ada penyakit M.


Kuih serimuka mak buat. Tinggal sedikit sahaja lagi. Pulun makan walaupun masih panas. Sedap dan nikmat. Alhamdulillah masih dapat merasa air tangan mak. Terima kasih mak...