Selasa, 12 Mac 2019

Blog Sajian Hati Lulus Google AdSense


Alhamdulillah, blog saya iaitu blog Sajian Hati telah lulus iklan Google AdSense. Macam tak percaya sahaja boleh lulus. Saya pun tak tahu apa yang saya buat sebenarnya. Sekadar mencuba dan mencuba dan akhirnya lulus.

Banyak juga kemusykilan di hati, boleh ke letak iklan lain bersama iklan AdSense contohnya iklan Nuffnang. Boleh ke tak? Lagi satu trafik blog saya yang rendah adakah mampu menjana pendapatan. Terakhir, iklan saiz apa yang sesuai diletak yang boleh jana income dan sejuk mata memandang?

Itu sahaja persoalan saya setakat ini. Ada saya pernah dengar google AdSense pernah ban blog. Risau juga dibuatnya. Apa-apa pun kita cuba sahaja. Berjaya atau tidak yang penting berusaha :)

3 ulasan:

  1. boleh letak iklan lain selain adsense..dari segi jenis iklan, boleh guna auto ads terus, nanti dia akan pasang ikut kesesuaian blog kita..dari segi trafik, kena update kerap dan usaha naikkan trafik, baru boleh dapat hasil pendapatan dari adsense tu..hihihihi..selamat berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana memberi ilmu dan menjawab persoalan :)

      Padam