Ahad, 17 Disember 2023

Dua Ketul Halia, Hasil Tanaman

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bercuti dan menikmati hari minggu anda. Semoga hari-hari kita dipenuhi dengan aktiviti berfaedah, indah dan mendapat redha daripadaNya.

halia

Dua ketul halia hasil tanaman dalam pasu plastik. Alhamdulillah...

halia

Nak keluarkannya memang agak sukar. Sampai pecah pasu. Pokok halia pun sudah tumbang ditiup angin, jadi kena keluarkanlah juga isinya.

Jumaat, 15 Disember 2023

Dugaan Kesakitan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar? Semoga sihat semuanya. Ayat macam nak tulis surat pun ada...haha..

 Dua hari lepas asyik tidur sahaja. Kerja tak pergi MC pun tak ambil. Melayan sakit. Bila ambil cuti banyak hari rasa nak cuti lagi. Bila sakit sikit pun tak boleh lawan. 

Kucing dalam gambar itu pun sedang diuji juga. Kami pulang bercuti dari Langkawi, tengok kakinya telah cedera. Jalan pun tak betul. Kasihan. Kalau tak sakit jangan harap nak lekat di rumah. Nama kucing Aboy. Abah kata kena langgar. Harap kaki Aboy sembuh sepenuhnya. Maaf tak mampu bawa ke klinik.

Selasa, 12 Disember 2023

Kek Tapak Kuda Nutella Oleh Cahaya Petunjuk

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja dan selamat menjalani aktiviti harian. Semoga semua baik-baik sahaja 

Kek Tapak Kuda Nutella RM11. First time rasa kek ini.

Kecil sahaja keknya. Mungkin Nutella yang buat dia mahal.

Ahad, 10 Disember 2023

Ole-ole dari Pulau Pangkor

 Assalamulaikum dan jumpa lagi. Setiap pemberian orang mestilah dihargai dan disyukuri walaupun hanya sekecil zarah. Pemberian rakan sekerja yang pulang dari Pulau Pangkor kerana terlibat dengan team building.

 
Pemberian dari sahabat, Hajar
 
Pemberian dari Cindy
 

Ole-Ole dari Jepun

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok mulalah kerja, hari Isnin.

Ole-ole dari Jepun. Anak perempun bos yang beri. Alhamdulillah...

Belum sempat pakai lagi, tiada masa yang sesuai. Mungkin satu hari nanti :)

Rabu, 15 November 2023

Buah Anggur dari Gerai Pokok Anggur, Tanjung Piandang, Perak.

 Assalamualaikum semua. Hari ini masih lagi cuti. Kilang shutdown bermula Deepavali hingga 19 November 2023. Terpaksa tolak cuti 4 hari atau tolak gaji untuk 4 hari jika sudah tiada cuti tahunan. Dugaan dan kena banyakkan bersabar. Bagi kerja office tolak cuti terus manakala production pula layak mendapat duit makan RM30 sehari. Nampak sangat ketidakadilannya. 

Bagi berjawatan tinggi tiada kesan, bagi yang pendapatan minimum pula bagaimana? Sabar sahajalah. Bagi kilang tiada kesan, bagi cuti tidak bergaji. Habis cuti tahunan setelah dipaksa cuti. 

Stress tentang kerja, baik ubah topik lain. Buah anggur dari Gerai Pokok Anggur, Tanjung Piandang, Perak. Tak sempat lagi merasa menu-menu di sana. Gambar ini sudah lama iaitu 30/1/2023.

Buah anggur ini family yang bawa balik setelah menjamu selera di gerai Pokok Anggur. Comel-comel anggurnya. Boleh petik sendri tuan gerai izinkan :)

Isnin, 13 November 2023

Happy Deepavali 2023

Assalamualaikum dan selamat pagi. Happy Deepavali kepada yang menyambutnya. Terlewat sudah. Cerita kelmarin, BBQ bersama family sempena cuti hari Deepavali. Alhamdulillah.

Sempat ambil gambar sedikit sahaja. Kami buat bakar ayam dan juga kambing. Gambar daging kambing tak sempat ambillah pula.
 
4 ekor ayam, RM80. 2 ekor untuk ayam lada hitam @ BBQ, 2 ekor lagi ayam percik. Kambing kakak Kuala Kangsar yang sediakan. Ayam BBQ letak sos lada hitam dan juga sos BBQ. Tambah sedikit gula dan garam lagi. Perap semalaman.
 
Tengoklah pokok-pokokku itu yang hidup segan mati tak mahu itu. Terabai dan tidak terurus. Semoga pokok terus hidup subur.

Selasa, 7 November 2023

Dua Tasbihku Putus

Assalamualaikum semua.. Tasbih lama tetapi baru digunakan. Selepas arwah mak meninggal baru berjinak dengan tasbih. Setelah hati tak tenang apabila dikecewakan. Setelah hati berasa tidak berapa gembira.

 
Putus pada 10 Oktober 2023 yang lalu. Masih belum dibaiki. Tasbih kegunaan di rumah.
 
 
Putus pada 7 November 2023. Untuk kegunaan di surau kilang. Kedua-duanya tak sampai setahun digunakan. 

Banyak lagi tasbih di rumah yang masih tidak digunakan. Cuma mungkin tak cantik atau kurang selesa. Lebih suka berbentuk bulat seperti mutiara.
 

Sabtu, 4 November 2023

Pendapatan Google Adsense

 Alhamdulillah, sudah lama tidak dapat jumlah sebegitu. Semoga terus bersemangat untuk menulis, mempunyai idea yang baik dalam memberi kebaikan dan manfaat kepada semua. Semoga ada rezeki saya dengan Google Adsense.

Terbaik Google Adsense 
 Sudi-sudilah singgah blog ini dan sama-sama saling memberi sokongan. Terima kasih semua. Moga kita semua dimurahkan rezeki :)

Ole-ole dari Thailand

Assalamualaikum dan selamat malam. Sakit pinggang dan badan sejak akhir-akhir ini. Mungkin angin atau sebaliknya. Semoga dijauhkan dari sebarang penyakit. Kena senaman tapi degil tak mahu buat. Tak cukup masa, sedar-sedar sudah malam..haha..alasan sangat. Akibatnya badan yang merana.

Ole-ole dari Thailand
Ole-ole dari Thailand. Terima kasih Ah Chong, rakan sekerja yang memberikan ole-ole ini. Amat menghargainya. 

Ole-ole dari Thailand 
Ini milik saya, satu lagi kepunyaan adik. Penanda buku atau bookmark...
 
Ole-ole dari Thailand
Dari Thailand, simpan untuk kenangan :)
 

Jumaat, 27 Oktober 2023

Khasiat Teh Daun Senna

Assalamualaikum dan selamat petang. Petang ini hujan pula, alhamdulillah. Kenal tak daun senna? Ia bagus untuk membersihkan usus yang kotor. Baca kelebihan teh daun herba jati cina atau lebih dikenali daun senna di bawah.

Khasiat Teh Daun Senna
 
Cara membancuhnya ialah dengan mengambil satu sudu besar daun senna dan dibancuh dengan satu cawan air panas. Bancuh seperti membuat air teh. Apabila patinya telah meresap keluar, bolehlah ditapis. Sedap diminum ketika suam. Jika masih tidak pekat, boleh bancuh dengan dua sudu daun senna.
 
Air senna ini baik diminum pada waktu malam dan esok paginya akan membuang dan perut terasa lega. Amat sesuai jika anda makan banyak pada siang hari dan malam minum air teh senna. Dapat menyingkirkan segala kekotoran dari dalam usus.

Selasa, 24 Oktober 2023

Goreng Pisang Sedap

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hati ini terlalu merindui orang yang telah pergi. Kadang kala ada rasa bersalah kerana tidak buat yang terbaik ketika ianya masih hidup. Tapi sebagai manusia biasa mana pernah tidak melakukan sebarang kesilapan. Pemergian itu memang amat menyakitkan. Rindu yang tiada kesudahan. Apa-apa pun hargai apa yang di depan mata. Bersyukur apa yang dimiliki sekarang. Alhamdulillah...

Semoga setiap ujian dapat dihadapi dengan tenang dan sabar. Bergantung dan berharap pada Allah. Dengan rahmat Ilahi, segala kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.

 
 Apabila pulang dari kerja, lihat ada goreng pisang yang dibeli oleh abah. Syukur, alhamdulillah...

 
Dapat alas perut sebelum masak untuk makan malam. Abah memang memahami. Kami saja yang tidak memahami abah. Terima kasih abah, terima kasih ya Allah :)

Ahad, 22 Oktober 2023

Kerepek Pisang Berangan Hasil Tanaman Abah

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Kenapalah pagi-pagi pun rasa stress. Tak cukup tidurkah? Cukup malah rasanya sudah lebih dari cukup. Stress banyak kerja tapi tak tahu nak mula dari mana? Akhirnya semua kerja tak jadi. Cuti dua hari masih belum cukup apatah lagi cuti sehari...

pisang berangan

Cerita kelmarin, buat kerepek pisang berangan. Guna cara kawan iaitu dengan rendam pisang dengan air garam untuk seketika. Nanti rasa garam akan masuk ke dalam pisang.

kerepek pisang berangan

 Inilah hasilnya, kerepek pisang berangan yang enak. Kena sagat pisang dalam belanga terus barulah pisang tak melekat antara satu sama lain. Tak boleh kedekut minyak juga, kena guna minyak yang banyak.

Ahad, 1 Oktober 2023

Hadiah Sempena Perkahwinan Adik Angkat

Assalamualaikum dan selamat malam. Cepat betul masa berlalu, tamat sudah cuti semester adik. Esok akan pulang semula ke universiti. Bercuti dari bulan Julai sampai bulan September 2023. Semoga diri ini tidak rasa sedih dan kesunyian. Walaupun dengan adik selalu rasa tak puas hati tetapi tetap bahagia bila dia bersama. Bila dia ada rasa agak gembira. Sebagai kakak memang banyak kena mengalah.

Tetapi tak tahulah pula dia sebagai adik. Mungkin dia rasa agak terbeban. Selalu kena bebel dan kena minta tolong membuat sesuatu. Boleh dia kata kena 'buli'. Tolong masak nasi jer pun bukannya lauk. Sapu sampah dan kemas rumah jangan haraplah nak buat. Kalau buat pun jarang sangat.

 Hadiah untuk adik angkat iaitu adik Shahrul Azwan. Panggil adik Wan jer.
 
Tak dapat hadir ke majlis kendurinya kerana tiada orang bawa. Maaf sangat..
 
 
 Bagi hadiah pun tinggal di kereta sahaja kerana waktu Maghrib. Tak boleh jumpa dan kenal-kenal dengan isteri adik Wan. Insya-Allah jika ada rezeki, kita jumpa nanti :)

Jelly Kelapa Sempena Ponteng Kerja

Assalamualaikum dan selamat malam. Penat juga malam ini walaupun kerja di pejabat sudah kurang. Pedihnya mata. Pada hari Khamis lepas, sempat buat jelly kelapa kerana ponteng kerja. Esoknya bawa sedikit ke tempat kerja dan beri pada kawan.

 Buat seperiuk besar jelly kelapa daripada 6-8 biji kelapa muda.
 
 
Pada hari Isnin, kawan balas bekas dengan memberi kek air tangannya. Tinggal sedikit jer lagi baru teringat nak ambil gambat. Teima kasih BFF sudi berikan kek :)

Jumaat, 29 September 2023

Kitar Semula Barang-barang

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebelum kenduri pada bulan Julai lalu, kami sekeluarga membersihkan rumah dengan membuang serta mengasingkan barang-barang. Barang yang boleh dikitar semula, kami kumpul di satu tempat.

 
 
Alhamdulillah bila dikumpul menjadi banyak. Pakaian lama yang tidak boleh dikitar semula terpaksalah dibuang. Baju yang masih baik disimpan dan jika berkesempatan akan diberikan pada anak yatim.
 
 
 
Barangan elektrik, tin, botol plastik, kertas semua boleh dikitar semula. Sayangnya kaca tidak diterima oleh pusat kitar semula tersebut. Jadi barangan kaca harus dibuang sendiri.
 
 
 
Saya hubungi Encik Zakaria, nombor telefon 017-565 3152. Encik Zakaria akan datang dengan van untuk mengangkut barangan kitar semula ini. Simpan sini agar tidak hilang nombornya :)

Khamis, 28 September 2023

Ole-ole Dari Tibet, China

Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat menyambut hari Maulidur Rasul kepada semua umat Islam seluruh negara. Alhamdulillah hari ini tidak cuti tapi ponteng dengan menolak cuti tahunan. Nak buat macam mana, adik cuti jadi terpaksa cuti juga. Semoga baik-baik sahaja.
 
 
 
Ole-ole dari rakan sekerja, Bee Shee. Baru pulang bercuti di Tibet, China. Alhamdulillah. Terima kasih sangat, amat gembira dan menghargai pemberian ini :)
 
 
 
Pengalamannya sewaktu di Tibet, tempatnya terlalu tinggi. Oksigen juga terasa kurang. Pergerakan tidak boleh dilakukan dengan pantas kerana risau kekurangan oksigen dan cepat penat. Selain itu pemeriksaan Kastam juga ketat. Tapi dia tetap gembira dan teringin lagi ke sana :)

Jumaat, 15 September 2023

Kerja Hakiki Untuk Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam penghulu segala hari, hari Jumaat. Selamat bekerja juga demi mencari rezeki buat diri sendiri dan keluarga. First time tulis blog menggunakan handphone. Harap ok jer lah yer. Kalau tak ok kena edit semula menggunakan laptop.


Kerja hakiki yang harus diteruskan. Hari ini ramai yang cuti. Senyap sunyi jer office. Rakan sebelah ambil cuti selama 8 hari. 26 September baru masuk semula kerja. Pergi bercuti ke Tibet, China. Suatu hari nanti, apabila sudah tidak kerja pasti merindui saat ini..

Sabtu, 26 Ogos 2023

Bayaran Perkhidmatan Klinik Kesihatan Menggunakan Kad Debit

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, tengahari tadi hujan turun agak lebat. Baju yang disidai masih belum kering. Dalam mesin pun masih ada lagi, belum siap dibasuh. Tak mengapalah boleh disidai dalam rumah sahaja.

 
Cerita awal bulan Ogos, pergi ke klinik kerajaan untuk dapatkan rawatan. Sekarang boleh membuat bayaran mengunakan kad debit atau kad bank walaupun RM1. Jadi sekarang tak perlu bawa duit, bawa kad jer :)

Ahad, 20 Ogos 2023

Dr Ana Wellness, Parit Buntar

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Sarapan apa tu? Hari ini baru makan roti canai sekeping dan air susu kambing 3/4 cawan. Sambil menaip sambil minum. Alhamdulillah selesai sudah membuat facial di  Dr Ana Wellness, Parit Buntar pada pagi kelmarin. Bayaran untuk dua orang RM100. Saja nak rehatkan diri dan muka. Tapi alahai nape sejuk sangat, terseksa pundi kencingku..hahaha... 3 kali pergi toilet. Masa buat rawatan pun minta izin untuk ke tandas...huhu...terseksa...

Mengalami masalah kulit kering sehingga menyebabkan pigmentasi dan jika tidak dirawat akan terjadinya melasma. Hitam-hitam di muka sudah ada tetapi masih kurang jelas. Semoga dijauhkan. Harap sembuh seperti biasa dan tidak mengalami sebarang penyakit kulit.

Apa yang penting perlu cuci muka 2 kali sehari, guna pelembap setiap 4 jam. Jika tak mampu sekurangnya 3 kali sehari. Begitu juga sunsreen perlu pakai 4 jam sekali dan jika tidak mampu 3 kali sehari. Malam sebelum tidur wajib pakai pelembap. Jangan lupa. Penting agar kulit tidak kering kerana kulit kering menyebabkan berlaku masalah kulit yang lain dan lebih teruk.

 Barangan yang di beli di Dr Ana Wellness iaitu pencuci, pelembap dan sunscreen. Kesemuanya RM185 untuk satu set. Jimat RM10. Alahai rasa rugi pula tak ambil gambar di situ. Walaupun sudah diberi kebenaran oleh Dr. 

Penerangan ringkas di beri oleh Dr. Nak cepat pulih kena buat rawatan hydration dan chemical. Harganya seperti di bawah. Tapi takpelah cuba penjagaan di rumah terlebih dahulu. Poket kurang tebal untuk dapatkan rawatan :)

Ahad, 30 Julai 2023

Juadah Hari Raya Aidiladha 2023

 Assalamualaikum dan selamat petang. Baru nak update blog, juadah Aidiladha yang lalu. Juadah dari rumah sahabat dan rumah sendiri.

 
 

 
Terliur tak tengok? Nampak menyelerakan. Juadah dari rumah sahabat, Hajar.
 

 
Juadah dari rumah sahabat, Ean
 

 
Juadah dari rumah sendiri. Biasa-biasa jer :)

Sabtu, 29 Julai 2023

Join Korban dengan Qurbanaid

 Assalamualaikum dan selamat petang. Susahnya bila hendak ke mana-mana tetapi mengharapkan orang lain. Bila tak dapat rasa nak marah sahaja. Semoga Allah memberi kepandaian, keberanian dan keyakinan kepadaku untuk drive sendiri. Amin. 

Tahun ni alhamdulillah, dapat melaksanakan ibadah korban. Dua bahagian iaitu satu bahagian di kampung manakala satu bahagian lagi di luar negara, Bangladesh. Mula-mula ingat korban di kampung sudah penuh, jadi saya joinlah Qurbanaid. Bila hari makin dekat ada pula kosongnya. Jadi teruskan sahaja kerana sudah bertanya pada orang kampung. Nasib baik sudah niat untuk korban dan tidak potong kuku lagi.

 
Dapat tahu mengenai Qurbanaid ini melalui Fatin Nabila. Dia yang memperkenalkan Qurbanaid di Instagram. Harga 1 bahagian lembu di Qurbanaid RM290 manakala di kampung RM700. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan untukku menunaikan ibadah korban. Terima kasih Qurbanaid.
 
 
Sijil penyertaan, sejadah dan juga beg daripada Qurbanaid.

Isnin, 17 Julai 2023

Proses Menyimpan Setem Terpakai Untuk dijadikan Koleksi

 Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah baru berkesempatan menulis blog. Begitu banyak peristiwa dan hari-hari penting telah berlalu contohnya hari raya Aidiladha. Aktiviti simpan setem ini pada awal bulan Jun 2023, semasa cuti beberapa hari.

 

Antara setem yang diperolehi di pejabat

 

 Setem yang ada sisa-sisa sampul surat, rendam sekejap sahaja dalam air. Kemudian boleh tarik sisa sampul surat dengan mudah dan lembut.

  

 Inilah dia sisa-sisa yang terkumpul

  

Proses pengeringan setem

 
 
Setem yang telah kering dan disimpan dalam album :)