Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pagi tadi menghabiskan masa dengan berkebun. Banyak pokok yang mati dan terbiar. Sakit pula mata memandang. Rumah setelah renovate memang ambil masa untuk dibersihkan. Pokok-pokok juga menerima tempiasnya. Banyak pokok mati dan pasu berselerak. Barang lain juga turut bersepah. Pejamkan mata, tenangkan hati. Buat sedikit demi sedikit mengikut kemampuan tenaga dan juga masa. Jika tidak diri sendiri yang akan stress.
Godek-godek pokok baru perasan ada bunga pada pokok kunyit ini. Alhamdulillah dapat melihat kecantikannya. Sebelum ini ada juga tapi terlewat kerana bunga kunyit sudah rosak. Jika tidak perhati betul-betul memang tidak tahu kewujudan bunga kunyit ini kerana berada di celah daun.

