Memaparkan catatan dengan label Celoteh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celoteh. Papar semua catatan

Selasa, 20 Ogos 2024

Rasa Teringin Tapi Mahu Buat Sendiri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak akhir-akhir ini rasa teringin makan macam-macam yang sedap-sedap. Tetapi masalahnya bila sampai ke kedai tak jadi nak beli. Rasa hilang rasa teringin itu.

Contohnya teringin nak makan donat bila fikir balik takut tak sedap, tak puas makan sebab sedikit dan rasa tak berbaloi nak beli. Tahu sebab apa? Teringin nak buat sendiri dan boleh makan banyak dengan puas. Lagipun kaedahnya agak mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Oleh itu sampai sekarang tak beli donat kerana nak buat sendiri.

Masalahnya bila nak buat sendiri perasaan malas, tak cukup masa, penat dan sebagainya. Jadi tak terbuat sampai sekarang.

Begitu juga dengan makanan yang lain, sanggup tak beli kerana fikir nak buat. Tapi masalahnya tak buat juga. Haha..

Campuran tiga makanan bergoreng iaitu maggi, mee dan bihun. Mee dan bihun beli di kedai yang berlainan. Maggi pula dimasak oleh adik bongsu.

Kenapalah suka tulis tentang makanan saja? Sebabnya makananlah yang hari- hari benda yang kita fikirkan. Betul tak?

Semoga blog dan akaun sosial yang lain jauh dari sebarang dosa. Blog adalah diari untuk diri sendiri dan dikongsi bersama pembaca. Bukan niat untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan untuk diri sendiri. Apa yang dilalui itulah yang ditulis untuk tatapan. Sekian.

Sabtu, 2 Mac 2024

Dating dengan My Blog

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi-pagi lagi sudah dating dengan blog. Siapa lagi mahu sayang dan mencintai, jika tidak diri sendiri. Walaupun blog-blogku tidak seberapa bagi pandangan yang lain tetapi memberi nilai yang mendalam pada diri ini. Mencatat pelbagai kisah suka duka. Kenangan yang tidak boleh dilupakan. 

Kucing di rumah ini tinggal seekor sahaja lagi iaitu Aboy. Kucing lain sudah kena buang atau mati. Tiba-tiba sahaja hilang. Kucing datang silih berganti. Alamak.. lupa pula, ada lagi kucing yang lain iaitu Si Oyen. Oyen baru melahirkan anak. Harap dia tak buat hal. Selalunya anak-anaknya akan buat hal dengan membuang di dalam rumah. Begitulah sering terjadi.

Isnin, 21 Februari 2022

Tepung High Protein Cepat Berulat dan Rosak

 Kisah bulan lepas, teringin nak makan roti punya pasal dan bahan pun nak menghampiri expired date. Jadi keluarkanlah segala senjata membuat roti. Kemudian adunlah tepung tersebut menggunakan breadmaker. Apabila sudah siap tengok hasil uliannya lain macam. 

Kenapa ada kuning-kuning keras, Belek punya belek ya Allah, doh roti penuh dengan ulat. Apalagi terus buat keputusan untuk buang doh roti tersebut. Tak sempat nak ambil gambar kecewa punya pasal. Doh roti dilempar ke dalam telaga belakang rumah.

Tepung roti saya beli 1kg, yang digunakan hanyalah 500gram. Jadi saya cuba ayak lebihan tepung tersebut. Baru ayak tepung sedikit, nampak sudah ulat yang banyak. Syukur alhamdulillah, nampak ulatnya dan tak termakan. Jadi buang sahaja tepung tersebut walaupun lambat lagi tarikh luputnya.

 Kemudian kena bebel dengan mak sebab tak ayak dulu tepung tersebut. Rugi bahan sahaja bila adunan sudah siap diuli. Nasib baik ada bahan lagi dan terpaksa menggunakan tepung gandum biasa sahaja. Maka terhasillah pizza tak jadi nak buat roti.

Jadi sebagai kesimpulan, sila simpan tepung high protein ke dalam peti ais kerana tepung tersebut mudah rosak jika berada di luar. Ayak dulu tepung sebelum membuat apa-apa jenis makanan. Sekian...