Memaparkan catatan dengan label Kipas Angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kipas Angin. Papar semua catatan

Ahad, 18 Jun 2023

Kipas Angin Jenama Dawa 18 Inci

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar? Semoga semua sihat sejahtera dan dirahmatiNya. Kisah sedih sedikit petang kelmarin, nak pergi belajar kereta tetapi tiba lewat sikit dalam 10 atau 15 minit. Cikgu yang mengajar sudah pulang. Selalunya cikgu yang lewat tapi kali ini tidak. Mungkin ada hikmahnya. Adik kata hikmahnya buang masa, tenaga dan duit minyak...hahaha.. Salah siapa? Salah saya juga. Tiada salah orang lain melainkan salah sendiri. 

Nampak jer cikgu yang mengajar balik dengan menunggang motosikal. Nak panggil memang tak terdaya sebab suara perlahan sangat. Lagipun nampak dari belakang sahaja, kalau pelanduk dua serupa? Malu pun dapat. Jadi biarkan sahaja.

Kipas Angin Jenama Dawa 18 Inci
Besar tak kipas? Kalau tak beli rasa teringat-teringat jadi beli jugalah. Allah permudahkan untuk membelinya. Mula-mula ajak adik beli, tapi tak boleh sebab kami bertiga. Keesokannya di group jual beli whatsapp, ada yang menjual. 

Kipas Angin Jenama Dawa 18 Inci
Tanpa fikir panjang terus membelinya. RM180 jenama Dawa, saiz kipas 18 inci. Siap pasang dan COD. Alhamdulillah. Saya beli dengan Hayati, nombor telefonnya 018-4697949. Waranti motor selama setahun, jika rosak boleh terus hubunginya. Simpan nombor di sini agar senang dicari nanti.

Ahad, 10 Oktober 2021

Kipas Angin Meletup Perlahan dan Keluarkan Cahaya Api, Berbau Hangit...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ada yang masih belum tidur seperti saya? Sekarang jam menunjukkan 12.10 pagi. Mata mengantuk tetapi masih boleh ditahan kerana esok hari minggu. Bangun lambat dan bermalasan sedikit tidak menjadi masalah.

Kisah berlaku pada malam 8 Oktober 2021, kipas angin meletup perlahan dan keluarkan cahaya api. Kemudian, berbau terbakar yang amat sangat. Bau hangit... Saya agak motor kipas tersebut yang terbakar. Kipas itu saya pernah tulis entri sebelum ini. Boleh lihat di sini.

Sekarang masih rasa takut. Nak pasang kipas pun kena berfikir, risau kalau jadi apa-apa. Check suhu kipas panas atau tak. Sebelum kejadian, pada malam sebelumnya kipas itu tak bergerak dan kami anggap ianya telah rosak. Kemudian pada malam kejadian, cuba buka hidup pula dan berfungsi dengan baik. Jadi nak gunakanlah seperti biasa. Buka tak sampai 10 minit, ianya keluarkan cahaya api dan ada letupan yang perlahan.

Ketika itu memang tak tahu nak buat apa. Nak tutup suis kipas pun rasa takut. Mujur ada abah di bilik sebelah yang membantu. Abah tutup suis dan keluarkan kipas dari dalam bilik. Bau hangit terbakar masih ada walaupun sudah keluarkan dari bilik. Mujur tidak berlaku apa yang lebih buruk. Syukur sangat...