Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar? Semoga semua sihat sejahtera dan dirahmatiNya. Kisah sedih sedikit petang kelmarin, nak pergi belajar kereta tetapi tiba lewat sikit dalam 10 atau 15 minit. Cikgu yang mengajar sudah pulang. Selalunya cikgu yang lewat tapi kali ini tidak. Mungkin ada hikmahnya. Adik kata hikmahnya buang masa, tenaga dan duit minyak...hahaha.. Salah siapa? Salah saya juga. Tiada salah orang lain melainkan salah sendiri.
Nampak jer cikgu yang mengajar balik dengan menunggang motosikal. Nak panggil memang tak terdaya sebab suara perlahan sangat. Lagipun nampak dari belakang sahaja, kalau pelanduk dua serupa? Malu pun dapat. Jadi biarkan sahaja.
Besar tak kipas? Kalau tak beli rasa teringat-teringat jadi beli jugalah. Allah permudahkan untuk membelinya. Mula-mula ajak adik beli, tapi tak boleh sebab kami bertiga. Keesokannya di group jual beli whatsapp, ada yang menjual.
Tanpa fikir panjang terus membelinya. RM180 jenama Dawa, saiz kipas 18 inci. Siap pasang dan COD. Alhamdulillah. Saya beli dengan Hayati, nombor telefonnya 018-4697949. Waranti motor selama setahun, jika rosak boleh terus hubunginya. Simpan nombor di sini agar senang dicari nanti.
Alahai... kesiannya cikgu balik sebab lewat sampai ye.
BalasPadamKipas angin memang satu keperluan di rumah.
Bilik saya sebenarnya termasuk kipas ini, ada 3 kipas. Semuanya mempunyai fungsi masing-masing :)
Padam