Ahad, 23 Disember 2018

Pengalaman Membeli di Chilindo


Pertama kali membida dan seterusnya membeli di Chilindo. Perasaan? Kali pertama membida memang berasa teruja apatah lagi menang dalam bidaan tersebut. Kadang-kala rasa putus asa bila hampir menang tiba-tiba ada orang menawarkan harga paling tinggi pula. Seperti ada mesin yang mengawalnya agar harga bidaan tidak terlalu rendah. Itu yang saya rasakan...

Barang di Chilindo kebanyakannya adalah barang murah dan kita harus bijak sama ada berbaloi atau tidak dengan harga yang kita bayar. Saya membida hanya sekadar untuk mencuba dan bukannya terlalu menginginkan barangan tersebut.

Pengalaman membeli di Chilindo agak mengecewakan juga kerana barang yang sampai ada yang rosak atau patah. Rak kasut iaitu kakinya yang pecah. Hancur juga hati bila melihat barang yang sampai tidak sempurna. Tidak tahu nak salah siapa... Redha sahaja..

Rak kasut yang patah di bahagian kaki. 
Nak pulang semula memang malas sebab banyak prosedur dan ambil masa.
Itulah keburukan membeli belah secara online...

Jom tengok barang yang dibeli di bawah sama seperti di atas....

 Jam tangan

 Earphone

 Kipas mini

Beg yang dibuka 

 Beg yang dilipat menjadi kecil


Secara keseluruhan barang yang dibeli semua dalam keadaan baik kecuali rak kasut. Adik juga pernah membeli di Chilindo tetapi jam diperoleh bercalar. Kualiti memang tidak baik. Boleh dikatakan ikut nasib sahaja. Itu yang agak membimbangkan. Mungkin ini yang pertama dan terakhir buat saya...

Ahad, 16 Disember 2018

Anjing Tidak Mahu Pulang


Selamat berhujung minggu semua. Apa perancangan aktiviti anda pada hari ini? Kalau ikutkan hati mahu tidur sahaja tetapi terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan. Kemas rumah kelmarin dari pagi sampai pukul 1.30 petang. Mandi pun lambat. Aduhai penat sungguh.. Hari ini kalau boleh nak rehatkan diri dan melakukan aktiviti yang disukai  atau tertangguh contohnya menulis blog, melihat gambar-gambar yang diambil dan sebagainya.

Berbalik pada tajuk entri, ada seekor anjing yang singgah di belakang rumah saya dan terus menetap di situ. Pelbagai cara dilakukan untuk menghalaunya tetapi tidak dihiraukan. Dia macam suka tinggal di belakang rumah saya. Masalah... masalah...

Ianya sangatlah mengganggu aktiviti harian kami. Nak jemur kain pun terpaksa menjerit dahulu untuk menghalaunya. Kadang-kala ia lalu di bawah ampaian dan badannya terkena baju. Nak buang sampah pun susah, bagi makan ikan di dalam telaga pun susah. Pendek kata memang merimaskan.

Pada mulanya ayah bercadang nak bunuh saja anjing tersebut dengan benda tajam dan tanam. Tetapi kami tak sampai hati dan mencadangkan beri pada orang Cina atau India. Masalahnya tiada orang nak. Kemudian cuba telefon bomba dan melaporkan tentang anjing tersebut. Dalam fikiran, bomba bukankah kerjanya menolong orang? Tetapi tidak... Itu bukan tugasnya...

Bomba telah melepaskan tanggungjawab tersebut pada Majlis Daerah. Akan tetapi kawasan rumah saya bukan jagaan Majlis Daerah. Rumah kami hanyalah rumah kampung. Tidak membayar cukai pintu. Jadi bukan tanggungjawab mereka. Jika Majlis Daerah beroperasi pun lambat lagi katanya tetapi bagi kawasannya sahaja. Masalah lagi...

Majlis Daerah cadangkan kami membunuh anjing tersebut dengan memasukkan racun dalam makanannya iaitu nasi. Masalahnya pula kami takut makanan tersebut turut dimakan oleh kucing yang berkeliaran. Banyak pula dosa membunuh kucing. 

Apa jadi dengan anjing itu sekarang? Kalau nak tahu anjing itu masih hidup dan sihat walafiat. Tiada usaha untuk menghapuskannya. Ayah mungkin merajuk sebab masa awal kami semua membangkang. Jadi ayah tidak jadi untuk membunuh anjing tersebut. Ayah tanyakan pendapat kami, jadi saya jawab ler tak sanggup... Sekarang ini ayah tidak mahu meracunnya.. Ayah sudah malas untuk mengambil tindakan... Anjing pula semakin lama semakin berani. Dia ingat dia kucing. Kucing makan dia pun nak makan. Sampai bergaduh dengan kucing merebut makanan. Kucing masuk rumah dia pun nak masuk rumah kalau pintu terbuka. Jadi kami terpaksa lebih berhati-hati. Sekian...

Ahad, 11 November 2018

Konsert Raihan dan Ceramah Agama di USM

 Raihan in Concert dan juga ceramah agama oleh Ustaz Wadi Anwar dan Ustaz Manis. Pada 5 Oktober 2018 (Jumaat) jam 8.30 hingga 11 malam.

 Bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM


Pengalaman yang amat bermakna bagi saya. Sekali-sekali dapat mendengar alunan nasyid dan ceramah agama secara live. Kumpulan RAIHAN yang amat diminati sejak dari kecil lagi hingga sekarang. Selain itu, kerinduan terhadap zaman universiti saya dulu sangatlah tebal. Rindu dan syahdunya hanya Allah sahaja yang tahu.

Terasa amat seronok belajar di universiti dan bangga menjadi salah seorang penuntutnya walaupun saya bukan belajar di USM tetapi di UUM. Terimbau kenangan pahit manis ketika menjadi mahasiswi. Walaupun zaman universiti sangat mencabar tetapi dengan semangat dari keluarga dan kawan-kawan semua halangan itu berjaya ditempuhi dengan baik.

Buah Tangan dari Korea dan Vietnam

 Real Nature Mask Sheet Bamboo

 Ole-ole dari Korea pemberian Ms Bee She

Ole-ole dari Vietnam pemberian Ah Chong
Terima kasih kerana sudi memberi ole-ole ini :)

Ahad, 12 Ogos 2018

Jamu Mata di Cadar Bestseller Taiping, Perak

Sebelum ke rumah kakak di Kuala Kangsar minggu lepas, singgah dahulu di Cadar Bestseller yang terletak di Taiping, Perak. Bangunan berwarna pink. Cantik sangat bangunannya dari jauh sudah nampak. Parking pun senang di depan sahaja jika tak ramai orang. Tak perlu jalan jauh pun...

Cadar Bestseller Taiping, Perak
 Bangunan berwarna pink putih. Lain daripada yang lain. Sebelun ini hanya lihat di facebook sahaja. Sekarang sudah lihat di depan mata. Viral juga gedung ini...

Cadar Bestseller Taiping, Perak
 Membekal  semua jenis kelengkapan cadar, barangan hotel, asrama, homestay dan sebagainya.

Cadar Bestseller Taiping, Perak
 Alamat Premis :
Cadar Bestseller
No.49B Jalan Asam Kumbang
34000 Taiping, Perak

Cadar Bestseller Taiping, Perak
 Karpet yang paling kecil dan paling murah ialah RM30. Bolehlah dibuat lapik sembahyang. Karpet  kedua yang besar sedikit RM70. Berbaloi-baloi juga harganya... Mampu tengok barangan murah jer...

Cadar Bestseller Taiping, Perak
 Comel-comel barangan di sini...

Cadar Bestseller Taiping, Perak
Tempat kegemaran untuk mengambil gambar...

Makan-makan di Kuala Kangsar

Sebenarnya tak rancang pun untuk makan di luar. Sekadar ke rumah kakak di Kuala Kangsar. Tengok baby Yusof. Sudah pandai meniarap dia sekarang. Alhamdulillah.. Semoga membesar dengan sihat dan cergas :)

Laici kang

Sayur-sayuran...

 Tom yam ayam dan ulam timun...


Semua juadah kakak yang belanja. Menu utama ikan siakap tak sempat ambil gambar sebab semua sudah lapar hingga lupa nak ambil gambar. Baby Yusof pun tak boleh duduk diam...

Bila Teringin Makan Pizza...


Jom kita makan !!!

 Air wild berry.. masam-masam manis...

 Nama apa tah.. lupa pula.. finger???

 Mushroom soup.. Tak suka sangat rasa macam banyak ajinomoto...

 Pizza...

Harga untuk set ini lebih kurang RM 36.00..
Next time makan dominos pula...

Ahad, 24 Jun 2018

Puas Makan Kek Secret Recipe


Memang puas sangat makan kek secret recipe yang besar gedabak ini. Rezeki jangan ditolak, asal ada makanan kita makan sampai kenyang. Bukannya selalu. Nak beli memang taklah tapi ada orang sponsor. Kilang kakak yang sponsor...



Ambil gambar malam memang tak cantik jadinya. Asal ada sudah...


Kek sudah dipotong.. Jemput makan semua...


Ini entri  kedua mengenai kek secret recipe. 
Entri kali pertama klik di sini... 
❤❤❤

Sabtu, 23 Jun 2018

Kuih Raya Aidilfitri 2018

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutama kepada mereka yang sudi singgah ke blog ini. Alhamdulillah, hari ini sudah 9 Syawal. Pantasnya masa berlalu. Sekejap sahaja rumah riuh rendah dan kini sunyi kembali apabila masing-masing pulang. Sekolah juga akan dibuka tak lama lagi. Bertambah sepilah rumah ini...


Kuih raya yang dibuat dan dibeli pada tahun ini. Pada tahun ini saya buat 7 jenis kuih marjerin @ buttercup dan 2 jenis kuih bergoreng @ ranggup. Kuih tersebut ialah:-

a) Biskut Mazola
b) Biskut Tart Nanas
c) Biskut Arab
d) Biskut Peanut Butter
e) Biskut Almond London ( tak letak badam pun )
f) Biskut Oat
g) Biskut Nestum Ranggup


Kuih ranggup pula ialah kuih popia super ring dan juga kuih simpul kasih. Adik buat biskut samperit manakala mak pula buat maruku dan kuih loyang. Kuih bakar kacang beli 50 biji RM20 dan kuih kapit (tiada dalam gambar) 50 keping RM7.50.

Kuih kapit habis sebalang pada malam raya sahaja. Memang laku keras kuih tersebut. Sedap dan menjadi kegemaran. Nanti saya ambil gambarnya jika ingat. Raya Haji boleh order lagi.


 Kuih raya yang diberikan oleh pembekal kepada kilang tempat saya bekerja...


Tahu makan jer tak tahu nama apa biskut ini...


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Isnin, 7 Mei 2018

Aku dan Kuih Kapit Berpisah Tiada

Sedapnya bila dapat makan kuih kapit. Krupp krapp krupp krapp bunyinya. Rasa lemak-lemak manis. Kuihnya nipis dan jika tebal kurang enak. Terliur rasanya. Menaip sambil telan air liur. Itulah penangan kuih kapit yang menjadi kegemaranku sejak kecil. Terliur sudah...


Gambar di atas adalah kuih kapit coklat tetapi kuih kapit kegemaran saya ialah kuih kapit original yang tidak diletakkan sebarang perisa sama ada peanut, coklat, strawberi dan sebagainya. Kuih kapit diletakkan perisa rasanya terlalu manis dan kurang enak bagi saya.


Pada Tahun Baru Cina, masyarakat Cina juga turut menyediakan kuih ini sebagai hidangan raya mereka. Mereka membawa kuih kapit ke office dan makan sesama mereka. Sememangnya kuih ini menjadi citarasa pelbagai bangsa...


Kuih kapit coklat yang dibeli di Hentian semasa perjalanan pulang dari Cameron. Harga kuih kapit coklat RM20. Kordial strawberi dibeli di Cameron dan harganya tak sampai RM10 rasanya. Sekian...

Ahad, 6 Mei 2018

Percuma Sampel Anlene Heart-Plus

Pernahkah anda terfikir tentang kesihatan jantung? Kenikmatan hidup memang penting untuk kita. Kita sentiasa ingin meluangkan masa dan menjaga keluarga tersayang tanpa mengira umur. Namun begitu, 3 Tinggi boleh menjejaskan kesihatan jantung kita. Adakah anda berisiko?

Kesan 3 Tinggi Kepada Kesihatan Jantung

1) Kolestrol Tinggi
Kolestrol tidak baik yang berlebihan akan menyebabkan pembinaan plak pada saluran darah yang akan menghalang peredaran darah. Ini mungkin akan menyebabkan serangan jantung atau strok.

2) Tekanan Darah Tinggi
Jantung anda terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan anda, yang mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran darah anda.

3) Gula Darah Tinggi
Satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah kita sentiasa tinggi untuk jangka masa panjang. Ia akan menyebabkan kesan negatif kepada badan kita termasuk penyakit jantung.


Minumlah Anlene Heart-Plus yang mengandungi sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol, kalium membantu mengekalkan tekanan darah sihat dan rendah GI menguruskan gula dalam darah anda.


Jika anda ingin dapatkan sampel Anlene Heart-Plus klik di sini. Dengan 2 gelas Anlene Heart- Plus sehari, anda akan dapat nutrien sterol tumbuhan hampir sama seperti yang terkandung dalam 33 oren ataupun 61 epal.

Kisah Sambut Birthday Kali Pertama

Saya adalah seorang gadis kampung dan dilahirkan dalam keluarga sederhana. Mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai iaitu 10 orang. Jadi tidak hairanlah jika ibu dan ayah tak pernah meraikan birthday kita. Kemungkinan besar tidak ingat birthday anaknya yang ramai itu. Tetapi saya tidak memerlukan semua itu. Apa yang penting kasih sayang dan tanggungjawab yang diberikan. Betul tak?


Pertama kali saya sambut birthday apabila menerima surprise daripada rakan sebilik dan juga bilik sebelah. Mereka sepakat untuk menyambut birthday saya bersama rakan bilik sebelah iaitu Muslimah Solehah. Birthday kami adalah pada hari yang sama iaitu 28 Mac...


Nama panggilan juga hampir sama. Padahal nama sebenar jauh berbeza. Ketika itu saya belajar di UUM. Menjadi kenangan indah hingga kini. Mempunyai rakan-rakan yang baik dan sentiasa membantu. Walaupun kini masing-masing membawa haluan sendiri tetapi kenangan indah sentiasa diingati...

Nota :
Terima kasih yang membuat surprise Kak Ina, Ani, Nor, Ina, Syikin dan Linda..
Bukan senang nak buat surprise kat saya, hampir kantoi dibuatnya..hihi..

Selasa, 1 Mei 2018

Terciptanya Blog Klon @ Klon Blog?

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Selamat hari pekerja kepada semua... Gunakanlah cuti yang ada ini untuk tidur..hihi..gurau jer.. Tapi memang nikmat sangat bila dapat tidur di hari cuti dan ditambah lagi dengan dingin hujan. Gandingan yang mantap untuk tidur. Tetapi apakan daya manusia biasa bila tiada tanggungjawab di tempat kerja tetapi tanggungjawab di rumah wajib dilaksanakan... tetap perlu diuruskan dengan baik...

Berbalik kepada tajuk entri. Pada Mac 2018 yang lalu, maka terhasillah sebuah blog klon. Ini kerana blog yang asal telah disekat oleh google. Oleh kerana kerinduaan dan kecintaan saya pada blog tersebut, maka saya telah klonkannya dengan blog yang baru.

Blog baru tersebut ialah urlnya https://eymakitchen.blogspot.my/. Semoga dengan terbinanya blog ini memberi lebih semangat kepada saya untuk untuk terus menulis. Bukan senang untuk mendapat pengikut semula. Semuanya kena bermula dari bawah. Jika anda berkelapangan, sudi-sudikanlah menjenguk blog resipi Eyma Kitchen. Sekian...

Gambar header pun tak tukar walaupan tertera alamat url blog lama...

Kalau boleh nak tiru sebijik sebijik tapi tak mampu...

Sabtu, 28 April 2018

Makan-makan Sempena Sambut Birthday

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Hari ini nak update kisah yang berlaku pada hari Ahad yang lalu 21 April 2018. 4 sekawan pergi makan-makan untuk sambut birthday Ain. Husband tuan punya birthday yang belanja. Thank you Rudy dan Ain.

 Teh O ais, telur goreng, tomyam campur...

 Ada sayur kailan, lauk burung puyuh, daging goreng, ayam pun ada...

 Lauknya nampak seperti sedikit tetapi memang cukup untuk kami dan ada lebih...

 Restoren Sri Ranting Classic, Nibong Tebal.

 Perkarangan luar Restoren Sri Ranting Classic, Nibong Tebal.

 Tuan punya birthday.. Sambut awal kerana birthdaynya jatuh pada bulan puasa tahun ini...

 Orang lain punya birthday, saya yang dapat hadiah.. Dari Ean..

 Inilah hadiahnya.. dompet yang comel...

 Hadiah daripada tuan punya birhday iaitu Ain untuk saya...

Jug kaca comel... Bolehlah dibuat perhiasan...