Ahad, 6 Mei 2018

Kisah Sambut Birthday Kali Pertama

Saya adalah seorang gadis kampung dan dilahirkan dalam keluarga sederhana. Mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai iaitu 10 orang. Jadi tidak hairanlah jika ibu dan ayah tak pernah meraikan birthday kita. Kemungkinan besar tidak ingat birthday anaknya yang ramai itu. Tetapi saya tidak memerlukan semua itu. Apa yang penting kasih sayang dan tanggungjawab yang diberikan. Betul tak?


Pertama kali saya sambut birthday apabila menerima surprise daripada rakan sebilik dan juga bilik sebelah. Mereka sepakat untuk menyambut birthday saya bersama rakan bilik sebelah iaitu Muslimah Solehah. Birthday kami adalah pada hari yang sama iaitu 28 Mac...


Nama panggilan juga hampir sama. Padahal nama sebenar jauh berbeza. Ketika itu saya belajar di UUM. Menjadi kenangan indah hingga kini. Mempunyai rakan-rakan yang baik dan sentiasa membantu. Walaupun kini masing-masing membawa haluan sendiri tetapi kenangan indah sentiasa diingati...

Nota :
Terima kasih yang membuat surprise Kak Ina, Ani, Nor, Ina, Syikin dan Linda..
Bukan senang nak buat surprise kat saya, hampir kantoi dibuatnya..hihi..

2 ulasan:

  1. Alahai tetiba teringat kisah-kisah lama... Zumal memang jarang sangat sambut birthday tapi 2 tahun lepas la paling special surprise kawan-kawan sekerja buatkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok juga ada kawan-kawan ingat birthday kita... Kita sendiri pun macam tak kisah dengan birthday sendiri...

      Padam