Memaparkan catatan dengan label KFC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KFC. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Oktober 2024

Amaran! Jangan Tiru Aksi Ini!

Assalamualaikum dan selamat malam. Menulis sambil menonton ABPBH36 pada malam ini. Cerita hari ini, setelah sekian lama boikot dan tidak makan KFC. Hari ini boleh pula terjebak. Semuanya tidak dirancang sama sekali tetapi kebetulan.

Pada pukul 10 pagi anak bos beritahu ingin meraikan rakan sekerja yang akan berhenti kerja iaitu Min Chong. Waktu tengahari kami akan keluar makan. Mereka sudah biasa dengan KFC. Nak tak nak ikut jugalah...

Pilih set Twister Box RM19.90 kalau tak silap

 Bawa balik sebab tak habis, nak kongsi dengan adik perempuan pertama. Tapi dia lari dari rumah pula pergi rumah adik. Nampaknya kena makan sorang la. Akan boikot jika guna duit sendiri. Tapi bila diajak terpaksalah ikut. Takkan nak kena tinggal sorang-sorang di office. Maafkan saya. Rasa bersalah tetapi tak boleh dielak. Harap tidak tiru aksi ini di luar sana. Sekian.

Ahad, 24 Februari 2019

Santap Pizza dan KFC

Hari Selasa yang lalu keluar dengan adik ke Parit Buntar untuk kali terakhir. Kali terakhir? Ya, sebelum adik kembali menyambung pengajiannya di universiti. Sedihnya lepas ini tak jumpa lagi. Berbulan jugalah... Mula-mula kami makan di kedai makan. Ermm, sedap ayam bakarnya. Lupa nak ambil gambar. Sebelum balik beli pula Pizza.

Pizza Hawaiian Chicken. RM 5 jer..

Memang sedap.. masih lembut walaupun sejuk..

Pada waktu dan hari yang lain pula kami makan KFC. Ini cerita lama yer bukan terkini. Imbas kembali... Masing-masing muntah dan cirit-birit tetapi bukan sebab makan KFC. Puncanya tak tahu hingga kini...

Kami terpaksa bergegas pulang kerana masing-masing tak larat dan rasa pening. Memang sangat kenangan. Kami makan KFC cawangan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sebelum makan pergi klinik Bersatu dahulu untuk mendapatkan rawatan dan mengambil ubat.