Jumaat, 11 Oktober 2024

Amaran! Jangan Tiru Aksi Ini!

Assalamualaikum dan selamat malam. Menulis sambil menonton ABPBH36 pada malam ini. Cerita hari ini, setelah sekian lama boikot dan tidak makan KFC. Hari ini boleh pula terjebak. Semuanya tidak dirancang sama sekali tetapi kebetulan.

Pada pukul 10 pagi anak bos beritahu ingin meraikan rakan sekerja yang akan berhenti kerja iaitu Min Chong. Waktu tengahari kami akan keluar makan. Kami sudah biasa dengan KFC. Nak tak nak ikut jugalah...

Pilih set Twister Box RM19.90 kalau tak silap

 Bawa balik sebab tak habis, nak kongsi dengan adik perempuan pertama. Tapi dia lari dari rumah pula pergi rumah adik. Nampaknya kena makan sorang la. Akan boikot jika guna duit sendiri. Tapi bila diajak terpaksalah ikut. Takkan nak kena tinggal sorang-sorang di office. Maafkan saya. Rasa bersalah tetapi tak boleh dielak. Harap tidak tiru aksi ini di luar sana. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan