Khamis, 3 Oktober 2024

Pertama Kali Merasai Mee Celup

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga semua sihat-sihat sahaja. Minggu lepas pergi rumah kakak di Kulim dan berehat sebentar di Bertam Resort Penang. Adik ipar kakak belikan mee celup untuk dibawa pulang. 

Pertama kali cuba mee celup. Sedap juga rasanya. Rasa nak lagi...

Cerewet juga nak bungkusnya. Orang yang jual ini rajin adik ipar kakak cakap..haha..

Setelah dibawa keluar dari bekas. Letak sikit sahaja cili sebab tak tahan pedas. RM 10 untuk satu bungkus mee celup.

Tak kedekut pula resipi. Boleh pula bagi resipi untuk dicuba. Semoga murah rezeki pemilik resipi yang sudi berkongsi.

4 ulasan:

  1. Pernah makan mee celup di Kelantan.
    Betullah, rajin betul bungkus segala aksesorinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang yang nak makan pun kena sabar sebab nak buka dan letak satu persatu dalam bekas.

      Padam
  2. Ni kalau sedap, boleh repeat order.

    BalasPadam