Assalamualaikum dan selamat pagi. Hujan di pagi hari ini. Sejuk saja rasa, nak bangun pun susah. Baju yang dibasuh kelmarin pun masih belum kering. Semoga ada sinar mentari di waktu tengahari nanti. Jika tidak habislah baju tidak kering.
Majlis kenduri doa selamat sempena mak, kakak dan adik BFF akan menunaikan umrah. Kenduri pada 17 September 2022 yang lalu. Masa entri ini ditulis keluarganya telah selamat pulang dari menunaikan umrah.
Besar juga majlis kendurinya siap pasang dua buah khemah untuk keselesaan. Juadah pastinya perkhidmatan katering satu orang RM9. Laksa tuan rumah buat sendiri. Ada lagi nak tulis tapi lupa. Itulah tak tulis masa awal. Penting sebagai rujukan.
Siap dapat macam-macam lagi yang menarik. Bukan kita yang bersedekah tapi tuan rumah yang bersedekah. Semoga mereka murah rezeki. Amin.
Inilah dia isi dalamnya
Sampul berisi duit pun ada cuma tak ambil gambar. Terima kasih sangat :)
Alhamdulillah, dapat macam-macam!
BalasPadamMoga tuan rumah yang bersedekah akan berlipat ganda rezekinya.
Alhamdulillah...amin...
Padam