Sebelum ini saya pernah merajuk kerana tak pernah mendapat cabutan bertuah langsung di kilang tempatku kerja. Alhamdulillah ada juga rezeki mendapatkannya di tempat lain. Nak tengok entri itu? Klik di sini.
Inilah dia hadiah cabutan bertuah yang diperoleh sempena family day GAHZA 2019. Family Day ini bersama keluarga sebelah abah yang mempunyai 10 orang adik-beradik. Semua adik-beradik pakat berkumpul untuk mengeratkan hubungan persaudaraan.
Ada sejadah di dalamnya. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi rezeki. Adikku yang lelaki juga turut mendapat cabutan bertuah. Hadiahnya jam dinding. Kami berdua sahaja yang dapat dalam keluarga.
Alhamdulillah syukur..jarang jugak dapat hadiah cabutan bertuah, tapi sesekali ada juga tanpa dijangka2..rezeki tak pernah salah alamat kan..
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki...
Padam