Ahad, 23 Jun 2019

Biskut Raya yang Wajib Ada

biskut semperit

biskut semperit

Kenapa biskut semperit wajib ada? Biskut semperit kegemaran mak. Mak memang suka, lagipun biskut ini rasanya kurang manis dan boleh makan banyak. Mak memang ada penyakit kencing manis dan kena berhati-hati bab makan....

biskut mazola

biskut mazola

Biskut yang kedua adalah biskut Mazola atau biskut kacang. Jangan ingat itu biskut buah pinggang pula yer. Sengaja buat bentuk lain sedikit. Biskut malas nak letak kacang. Biskut ini wajib ada kerana biskut ini sedap dan lain dari biskut lain kerana berasaskan kacang dan minyak. Kebanyakan biskut yang saya selalu buat letak marjerin dan hanya biskut ini menggunakan minyak. Peminat kacang memang suka biskut ini.

Tapi pada tahun ini biskut ini kurang mendapat sambutan. Pertama mak tak boleh makan manis dan kedua mak tak boleh makan kekacang. Selain itu, biskut ini saya buat dua adunan. Jadi lambat sedikit nak habis. Tapi biskut ini memang sedap jika mengikut sukatan yang betul. Nak resipi? Klik di sini. Kalau nak tahu biskut Mazola saya buat jual dengan menggunakan resipi tersebut. Pelanggan saya adalah terdiri daripada guru-guru. Sekarang tak menjual lagi kerana penat bekerja. Kehidupan dahulu merupakan penanam anggur :)

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Biskut yang cantik berseri-seri sebab ada ceri merah dan sedap :)

      Padam
  2. biskut mazola tu kalau makan sambil tengok cerita kat lappy or TV, boleh habis sebalang hahahaa #hiperbola


    jemput join segmen blog saya :) http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Risau gemuk jer makan banyak-banyak..hihi..

      Kalau berkesempatan saya join...

      Padam