Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua. Nak habiskan cerita atau entri di bulan Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu, sudah masuk 4 Syawal. Adik-beradik juga sudah pulang ke 'sarang' meneruskan kehidupan seperti biasa.
Menu berbuka pada 28 Ramadhan yang lalu. Ada kenduri di surau, abah bawa balik nasi daging untuk kami berbuka puasa. Surau di kampung memang suka membuat kenduri di hujung Ramadhan pada setiap tahun. Nasi daging, air asam dan lauk-pauk memang sangat sedap. Kakak pula masak mee tomyam kerana adik yang belajar di USIM teringin nak makan tomyam. Putu mayong pun ada, abah beli. Alhamdulillah...

alhamdulillah rezeki...
BalasPadamBerselera nampaknya nampak hidangan ini, selamat berbuka..
BalasPadamsedapnya nasi daging!
BalasPadamBagus nya di surau masih ada kegiatan begitu. Jarang sangat surau yg membuatkan makanan untuk jemaah kak. Kalau di tempat saya, mereka akan tentukan jadwal setiap rumah untuk menyediakan bukaan puasa. Biasanya dalam sehari ada 3 rumah diminta siapkan menu berbuka. Saya pasti lah beli saja 😅😅. Tak confident kalau masak bukaan puasa buat orang banyak 😅
BalasPadamSedapnya ..
BalasPadam