Rabu, 18 Mac 2020

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Pada 18 Mac 2020, bermulalah perintah kawalan pergerakan di seluruh Malaysia akibat penularan virus Covid 19. Bagi anda yang tidak terlibat dengan perkhidmatan penting harus mengikut perintah kawalan pergerakan ini dan saya adalah salah seorang darinya. 


Apa yang anda lakukan pada hari ini? Saya seperti biasa melakukan perkara rutin iaitu membasuh dan mengemas. Kali ini kita kemas lagi dengan lebih teliti agar tidak jemu berada di rumah. Pertama buang sawang di bahagian ruang menonton, buang benda yang tidak diperlukan lagi dan ketiga menghias. Buka langsir dan pasang yang baru. 


Kali ini kita letak pokok sebagai hiasan dan sekaligus membekalkan oksigen kepada kita. Pokok itu sudah lama ditanam, jadi hanya perlu letakkan di dalam rumah sahaja. Tanya pada adik, rumah kita macam nak raya tak? Adik kata, ada juga sikit-sikit. Alhamdulillah... Esok kita mengemas di bahagian lain pula. Satu bahagian perlu ambil masa juga kerana jika tidak teliti dengan baik, barang penting juga akan terbuang. Kemudian kena bebel dengan orang punya barang tersebut. Tak jumpa cari barang pun akan salahkan kita. Itulah risiko mengemas. 

4 ulasan:

  1. sebulan duduk rumah mmg byk masa utk mngemas..raya nnti kemas sikit2 je..

    BalasPadam
  2. semoga cepat ujian ini berlalu dan keadaan kembali normal..

    BalasPadam
  3. sha pun hari hari kemas rumah, rasa macam seronok pula kemas rumah padahal dulu malas hehe

    BalasPadam