Ahad, 21 Mac 2021

Barang Baru yang dibeli Sekitar Tahun 2020 dan 2021

 
 
Semenjak berpindah ke rumah baru, banyak juga barang baru yang di beli. Mula-mula pindah, terpaksa beli tilam baru kerana tilam lama sudah terbenam apabila tidur. Jika badan terbenam, susah nak bangun dan bergerak ketika tidur. Boleh menyebabkan sakit badan. Nak tak nak, terpaksa juga membeli tilam baru untuk tidur yang selesa. Saya beli tilam sabut dan harganya RM600 lebih.

Untuk pengetahuan, kami berpindah ke rumah baru hanyalah sementara sahaja. Mungkin sebelum puasa perlu pindah ke rumah lama iaitu rumah kami yang sebenar. Pindah rumah baru sebab mak sakit, rumah lama perlu diubahsuai sedikit untuk keperluan orang sakit.

Barang kedua yang dibeli penyidai baju. Bilik saya kekurangan penyidai baju. Nak letak tuala, telekung dan sebagainya. Kadang baju basah juga perlu disidai dalam bilik jika cuaca tidak baik. Harganya nak dekat RM100. Memang mudah lupa tentang harga.

Barang ketiga, beli sekali dengan penyidai iaitu meja tulis. Bilik tiada tempat nak letak barang dan juga tempat untuk menulis. Oleh itu, meja amat diperlukan. Meja inilah tempat saya menulis blog dan juga menyimpan barang peribadi.

Barang keempat saya beli rak pinggan mangkuk besi. Harga sekitar RM70. Bolehlah menampung pinggan mangkuk di rumah kami. Alhamdulillah, untuk kegunaan bersama...

Barang kelima drawer plastik yang berwarna biru, 5 tingkat. Harga RM80 lebih. Beli di Happy Home. Untuk simpan baju yang telah dilipat dan juga letak barang lain.

Barang keenam yang dibeli ialah almari pakaian Ikea. Almari plastik untuk simpan baju yang menggunakan penyangkut dan telah digosok. Beli di Shopee kerana tidak boleh rentas negeri. Harga RM70 jika tak silap.

Barang ketujuh yang dibeli ialah breadmaker. Ini boleh dikategorikan sebagai barang kehendak. Tak mati pun kalau tak buat roti. Beli jer la roti di kedai, berlambak jual. Harga breadmaker Pensonic lebih kurang RM200.

Barang kelapan ialah rak untuk letak ketuhar dan juga breadmaker. Rak 4 tingkat yang dibeli di Shopee. Beli saiz kecil sahaja dan muat untuk ketuhar. Harga tak sampai RM100.

Barang kesembilan ialah rantai leher yang tiada loket. Barang kemas memang tak rancang untuk beli, tapi bila harga emas turun perasaan itu melonjak. Harga hampir 2K.

Barang kesepuluh dan moga yang terakhir ialah Laptop Asus yang dibeli pada 19 Mac 2021. Harga Rm1799, menggunakan duit i-sinar. Laptop sudah menjadi barang keperluan bagi saya. Sekarang dia menjadi BFF saya. Penting untuk menulis dan menghasilkan idea kreatif. Kreatiflah sangatkan...

Sekian, celoteh saya untuk kali ini. Tak pasti sama ada orang sudi membaca atau tidak. Apa yang penting ini sebagai diari kehidupan. Bukan untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan untuk saya. Syukur alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik dan juga rezeki yang mencukupi. Semoga hidup ini diberkati Allah S.W.T. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan