Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini tak pergi kerja, tak nak paksa diri untuk bekerja kerana kurang sihat. Sakit kepala dan badan dari hari Jumaat lagi. Kadang hilang kemudian datang balik sakitnya. Bila rasa kuat bolehlah masak-masak. Tak ambil sebarang ubat sebab itulah tak baik sakitnya.
Hari Ahad masak mee kuah simple, buat cair-cair sahaja. First time mencuba memasaknya. Sebelum ini letak ubi keledek dalam kuah tetapi kali ini nak resipi yang biasa-biasa sahaja. Tumis bawang merah dan putih yang dicincang hingga layu, masukkan cabai kering yang diblender. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan tunggu hingga ayam masak.
Seterusnya masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusannya serta air biasa secukupnya untuk kuah. Letak sos cili, sos tiram dan kicap. Masukkan juga sayur, gula dan garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan telur. Tutup api dan taburkan daun sup. Puas hati dengan rasanya kerana yang beli di kedai tidaklah sedap sangat pun. Bila buat sendiri baru tahu susah atau senang nak buat. Bahan pun memang sudah ada di dapur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan