Rabu, 22 April 2026

Cabai Hidup dan Cabai Kering

Assalamualaikum semua. Hari ini ambil cuti lagi. Ada hal yang perlu diuruskan. Perlu ke bank untuk tukar nombor telefon. Tak sangka pula Bank Simpanan Nasional boleh kemaskini nombor telefon akaun ASB. Jadi tak perlu ke Pejabat Pos lagi. Eyma tahu pun setelah search di Google. 

Hasil tanaman iaitu cabai hidup dan cabai kering. Pokoknya pun tidaklah terlalu elok tapi alhamdulillah ada juga hasilnya.

Cantiknya warna, merah berkilat gitu. Suka sangat. Tak tahu nak masak apa lagi. Simpan dalam peti dulu agar tahan lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan