Sabtu, 9 Ogos 2025

Meninggal Pun Guna Duit

Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Sebagai manusia, hingga hujung nyawa tetap perlukan duit. Urusan pengebumian perlukan duit agar dapat diuruskan dengan baik. Segala-galanya memerlukan duit pada zaman ini.

Jumpa penyata anggaran perbelanjaan pengurusan jenazah arwah emak. Abah simpan dan sekarang abah kemas almarinya, buang apa yang patut. Al-Fatihah untuk arwah mak.

Abah buang dalam bakul dan letak diruang tamu. Kena check dulu apa yang abah buang. Agak-agak ada terselit duit tak? haha.. Jangan haraplah, walaupun banyak sampul surat tetapi tiada mengandungi duit. 

1 ulasan:

  1. Betul tu masa meninggal pun banyak guna duit juga. Pengurusan jenazah semua menggunakan duit.

    BalasPadam