Assalamualaikum dan selamat pagi lagi sekali. Diri ini dalam dilema nak tukar bateri handphone atau tidak?
Begini ceritanya, kadang handphone ini suka buat hal tetiba sahaja bateri cepat kong atau kong. Maksudnya contoh dari 50 peratus bateri menjadi 0 dengan cepatnya. Memang nampak pergerakannya. Terlalu cepat tetapi jarang sangat berlaku.
Tapi apa yang selalu diperhatikan terjadinya begitu bila bateri tinggal 40 peratus, saya pergi cas. Cas masuk elok penuh sehingga 100 peratus. Bila sampai tempat kerja dalam pukul 10 pagi begitu, bateri pun kong atau kosong.
Bila perasan begitu tak cas lagi sehingga 30 peratus baru mula cas. Bateri pun jadi elok dan tahan lama. Masalahnya sekarang bagaimana bila keluar berjalan, bateri tinggal sedikit tetapi tak boleh nak cas? Itu kerisauan di hati. Patutnya bila bateri sedikit kena cepat-cepat cas terutama bila jalan jauh dan lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan