Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bercuti hujung minggu. Hari untuk rehatkan diri dari kerja hakiki. Rancangan hari ini nak keluar membeli barang. Buahan dalam peti ais juga sudah nak habis.
Hari Jumaat senja masak lagi cempedak goreng. Abah beli lagi buah cempedak. RM15 sebiji yang dulu RM17 untuk dua biji.
Kali ini tawar sedikit tapi isi tebal. Buah yang dulu lagi manis. Abah suruh masak cepat kerana sudah ranum.
Pagi Sabtu masak nasi goreng ikan. Ada ikan termenung goreng kakak masak. Ikan goreng biasanya tak habis makan, jadi dari elak pembaziran baik buat nasi goreng. Alhamdulillah nasi kali ini habis walaupun makan sampai tengahari:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan