Ahad, 17 Ogos 2025

Cempedak Goreng Lagi

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Selamat bercuti hujung minggu. Hari untuk rehatkan diri dari kerja hakiki. Rancangan hari ini nak keluar membeli barang. Buahan dalam peti ais juga sudah nak habis. 

Hari Jumaat senja masak lagi cempedak goreng. Abah beli lagi buah cempedak. RM15 sebiji yang dulu RM17 untuk dua biji.

Kali ini tawar sedikit tapi isi tebal. Buah yang dulu lagi manis. Abah suruh masak cepat kerana sudah ranum.

Pagi Sabtu masak nasi goreng ikan. Ada ikan termenung goreng kakak masak. Ikan goreng biasanya tak habis makan, jadi dari elak pembaziran baik buat nasi goreng. Alhamdulillah nasi kali ini habis walaupun makan sampai tengahari:)

2 ulasan:

  1. Semalam nampak kat pasaraya Cie beli barang dapur cempedak sekilo rm8.90. Tak beli pun. Minggu lepas husband beli cempedak goreng rm1.50 sebiji. Mahal betul cempedak.

    BalasPadam
  2. Petang-petang datang ke sini ada cempedak goreng. Sedap betul ni makan petang dengan minuman panas.

    BalasPadam