Pada pagi 20 November 2022 yang lalu, mak telah menghembuskan nafas yang terakhir. Pemergian mak terlalu cepat. Kami sangka mak hanya tidur kerana wajahnya begitu tenang. Pernafasan juga seperti sudah tiada. Kemudian sedikit demi sedikit kaki dan tangannya mulai sejuk. Oleh itu, kami terus menelefon pihak kesihatan untuk mengesahkan kematian.
Abah tiada di rumah, kami memanggil jiran tetangga untuk membantu apa yang patut kerana kami tiada pengalaman. Keadaan memang kelam kabut dengan rumah yang berselerak dan ruang jalan rumah yang sempit.
Pada pukul 5.30 petang, mak telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan lancar. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa, di tempatkan dalam kalangan yang beriman, dijauhkan segala azab dan semoga tenang di sana.
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Mati itu pasti dan tidak sesiapa pun yang terkecuali..
Salam takziah
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat dah Allah tempatkan dalam kalangan orang2 beriman
Amin..terima kasih...
PadamSalam takziah buat Eyma sekeluarga. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman.
BalasPadamAmin... terima kasih
Padam