Ahad, 6 November 2022

Mak ditahan di Hospital Parit Buntar

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini sudah hari ke lima mak dimasukkan ke hospital. Masuk pada hari Rabu, 2 November 2022. Pertama kali call ambulans datang ke rumah. Call 999 dan beritahu nak dapatkan perkhidmatan ambulans. Kemudian mereka akan tanya details dan hubungkan dengan klinik kesihatan yang terdekat.

Cepat juga ambulans sampai dan perlu bersedia lebih awal untuk kemaskan barang. Mak demam selama 5 hari, tak mahu makan dan makan ubat. Berbaring sahaja dan tidak boleh untuk tukar lampin. Memang lemah sangat. 

Waktu melawat pesakit di wad. Alhamdulillah, mak ditempatkan di hospital yang dekat iaitu di Parit Buntar. Semoga mak tak ditempatkan di hospital Taiping.

 Makanan hospital yang sudah lama tidak dilihat. Semoga mak cepat sembuh dan semoga Allah memberi kami kekuatan serta kesihatan untuk terus menjaga mak. Ujian ini bukan untuk mak sahaja tetapi ujian untuk kami semua. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

2 ulasan:

  1. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan rawatan mak Eyma.
    In syaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Banyak sabar dan doa.

    BalasPadam