Alahai, ada yang tengah merajuk ke sekarang ni? Baik mengaku cepat:) Perempuan, kalau tak merajuk memang tak sah. Lagi-lagi dengan orang dia sayang. Kalau orang tak sayang buat apa nak merajuk, betul tak?
Saya dari dulu, sejak ada hati dan perasaan memang suka sangat merajuk. Masa kecil suka merajuk dengan ibu dan ayah. Bila adik-beradik dapat lebih sikit barang, mulalah rasa nak merajuk. Kadang bila tak dapat makanan sedap pun merajuk. Dengan adik-beradik pun suka merajuk juga bila tak share makanan atau barang dia dengan kita.
Bila sudah besar merajuk dia lain pula, merajuk dengan mak ayah ada juga terutama bila mak ayah terlepas cakap dengan kita. Perasaan sedih itu memang ada. Merajuk tak bercakap dan berkurung dalam bilik hinggalah perasaan itu reda sendiri. Kadang kala ada juga yang mak ayah pujuk dan ada juga mak ayah tak pujuk. Biarkan jer. Bila nak pergi sekolah, nak minta duit automatik kita akan bercakap kembali dengan mak dan ayah...hahaha...
Dengan adik beradik merajuk bila mereka buat salah dengan kita. Kalau tak merajuk mereka tak tahu salah mereka dan buat kesalahan itu lagi. Kadang suka juga berlawan cakap sebab merajuk tak jalan kerana mereka fikir apa yang mereka buat adalah betul. Mak dan ayahlah pengadilnya. Mengadili siapa yang betul dan salah diikuti dengan nasihat...
Bila sudah mempunyai buah hati yang belum halal, pasti akan merajuk dengannya pula. Rasakan bagaimana menjaga hati seorang wanita. Dia harus belajar dari sekarang dengan rentak emosi wanita. Kalau tidak tahan boleh undur diri dari sekarang sebelum menyesal. Sekian coretan untuk kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan