Assalamualaikum dan selamat malam. Dua pokok sawi di dalam pasu sudah berbunga. Ambil gambar untuk jadikan kenangan. Pertama kali tanam pokok sawi begitulah. Pasu pun letak di bawah bumbung sahaja kerana tiada tempat yang sesuai. Pendedahan pada hujan dan panas sangatlah kurang. Tetapi alhamdulillah ada juga hasilnya walaupun tidak seberapa.
Esok nak masak nasi goreng bolehlah ambil. Bila sudah habis semua bolehlah semai benih semula. Semua pasu habis digunakan tidak kira apa jua saiz dan bentuk. Seronok juga menanam bila membuahkan hasil.




rasa puas hati bila tanaman kita membuahkan hasil. bila2 nk makan, boleh petik je :D
BalasPadamTak perlu nak pergi kedai :)
PadamIni namanya berbudi pada tanah
BalasPadamBanyaknya pasu. Tengok subur sawi itu walaupun letak bawah bumbung.
BalasPadamseronok berkebun ni sebenarnya... satu terapi minda.. tgk dedaun hijau..
BalasPadamBoleh dah petik..boleh tambah sayur masak mee goreng ke..alhadulillah..
BalasPadamWslm suka tgk kebun
BalasPadambestnya dpt petik hasil tanaman sendiri!
BalasPadamLama dah tak bercucuk tanam sayur ni. Kerajinan tak muncul.
BalasPadamSawi begini sedap dicampur dalam mee @ bihun goreng juga.
BalasPadamTeruskan usaha Pokcik, kami tumpang gembira tengok hasilnya :D
Maaf Eyma PH tersalag mentioned nama dlm komen sblm ni 🙏🏻🫣
BalasPadamTak mengapa.. biasalah tu tersilap
Padamseronoknya...hijau-hijau daunnya...masak bening pecah telur sedap
BalasPadamJimat dah x yah beli sayur...sedap ni sawi fresh bleh campur dalam maggi...hehehe...
BalasPadamMasya-Allah, nampak subur pokok-pokok sawi. Guna baja apa?
BalasPadam