Sabtu, 4 Oktober 2025

Promosi IKA Sungai Acheh

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini bertungkus lumus membuat kerepek pisang. Dua tandan pisang muda kami habiskan. Buat bersama adik dari pagi sampai tengahari. Petangnya kami keluar membeli belah di IKA Sungai Acheh. Ada promosi barangan dari 25 September hingga 5 Oktober 2025. Esok adalah hari terakhir promosi. Tahu ada promosi pun melalui TikTok.







Suka sangat kalau dengar ada promosi mesti rasa nak pergi. Padahal barang di rumah sudah penuh. Kata nak tengok sahaja, tapi boleh percayakah? Tadi beli 120L storage box RM20 dengan bekas minuman RM2.50. Bayar cepat-cepat supaya tak terambil barang lain pula :)

7 ulasan:

  1. Nak tengok kejadian kerepek pisang boleh? Mesti sedapkan buat sendiri.
    Kalau ada sale, memang jaranglah nak lepaskan peluang kan ...

    BalasPadam
  2. Lumayan, semoga lancar urusan hari ini..

    BalasPadam
  3. Beli waktu ada promosi, harga murah. Best juga jalan-jalan tengok mana berkenan.

    BalasPadam