Assalamualaikum dan selamat malam. Dua pokok sawi di dalam pasu sudah berbunga. Ambil gambar untuk jadikan kenangan. Pertama kali tanam pokok sawi begitulah. Pasu pun letak di bawah bumbung sahaja kerana tiada tempat yang sesuai. Pendedahan pada hujan dan panas sangatlah kurang. Tetapi alhamdulillah ada juga hasilnya walaupun tidak seberapa.
Esok nak masak nasi goreng bolehlah ambil. Bila sudah habis semua bolehlah semai benih semula. Semua pasu habis digunakan tidak kira apa jua saiz dan bentuk. Seronok juga menanam bila membuahkan hasil.
rasa puas hati bila tanaman kita membuahkan hasil. bila2 nk makan, boleh petik je :D
BalasPadam