Assalamualaikum dan selamat malam semua. Tujuan entri ini adalah untuk clearkan gambar di handphone. Itulah ambil gambar banyak-banyak sampai sendiri tengok pun dah rimas. Semua gambar ada cerita tapi dah lupa ceritanya.. hahaha.. begitulah kehidupan...
Menu pertama ialah nasi lemak udang. Abah selalu beli waktu pagi. Selalunya saya akan kidnap nasi lemak ini bawa ke tempat kerja untuk makan. Kalau tak kidnap risau sampai ke petang masih ada lagi dan basi..
Mee dan kuew tiaw goreng pasar malam Sungai Baharu. Pasar malam di kampung saya. Menjelang Maghrib tutup. Suka minta campur mee dengan kuew tiaw baru best :)Murtabak pasar malam Sungai Baharu juga. Adik memang suka sangat murtabak. Pasembor pasar malam Sungai Baharu. Banyak membeli pada hari itu kerana adik ada. Kalau kami berdua, beli seorang satu sahaja.Ini masa menjelang raya, kena siapkan bahan mentah untuk dimasak. Seronok ada banyak binatang adik cakap.. hahaha.. Alhamdulillah...Maruku air tangan sendiri. Seronok orang sebelah kata sedap. Makan ditempat kerja..Kuew tiaw sup adik buat. Rajin dia buat begedil sekali.Cucur bancuh dengan air panas. Resipi dari Tiktok. Inilah antara salah satu menu bekal ditempat kerja. Makan nasi dengan ayam goreng dan sos. Alhamdulillah.. Itupun adik yang masak...
Sama dengan Kak SA, blog akak gambar banyak makanan aje..lepas tu delete dari hp...tp kira ok la..as long as ada entry kan
BalasPadam