Isnin, 20 April 2026

Masak Mee Kuah Simple

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini tak pergi kerja, tak nak paksa diri untuk bekerja kerana kurang sihat. Sakit kepala dan badan dari hari Jumaat lagi. Kadang hilang kemudian datang balik sakitnya. Bila rasa kuat bolehlah masak-masak. Tak ambil sebarang ubat sebab itulah tak baik sakitnya.


Hari Ahad masak mee kuah simple, buat cair-cair sahaja. First time mencuba memasaknya. Sebelum ini letak ubi keledek dalam kuah tetapi kali ini nak resipi yang biasa-biasa sahaja. Tumis bawang merah dan putih yang dicincang hingga layu, masukkan cabai kering yang diblender. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan tunggu hingga ayam masak. 

Seterusnya masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusannya serta air biasa secukupnya untuk kuah. Letak sos cili, sos tiram dan kicap. Masukkan juga sayur, gula dan garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan telur. Tutup api dan taburkan daun sup. Puas hati dengan rasanya kerana yang beli di kedai tidaklah sedap sangat pun. Bila buat sendiri baru tahu susah atau senang nak buat. Bahan pun memang sudah ada di dapur.

Sabtu, 18 April 2026

Buah Tembikai Kuning Keempat dan Cili Hidup

Assalamualaikum dan selamat malam. Panas betul cuaca hari ini, nak berkebun pun panas mentari menusuk ke kulit. Tapi gagahkan juga kerana banyak pasu terbiar tidak digunakan.  Selepas berkebun, mengemas rumah pula dari luar rumah hingga ke dapur. Bahagian dapur kurang sempurna lagi kerana bila masak pasti selerak kembali.

Hasil buah tembikai kuning keempat. Pokoknya juga sudah mati. Cabai hidup sudah banyak hasilnya cuma tidak ambil gambar. 

Bolehlah buat makan untuk hobi seperti ' biskut chipsmore' ini. Sekejap rajin sekejap tidak. Apa-apa pun seronok bila mendapat hasilnya.

Tukar Mouse Baru di Office

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tadi lepas makan terus tidur kerana rasa sakit kepala. Teringatkan baju dalam mesin basuh belum disidai, terpaksa bangun juga. Sekarang rasa tidak mengantuk pula. Jadi tulislah entri yang terlintas di hati. 


Mouse atau tetikus di office tetiba sahaja rosak. Anak panah atau cursor tak dapat digerakkan. Klik kanan dan kiri semua okey. Mouse pun menyala atau warna merah. Mungkin bebola yang rosak adik kata. 

Cari tetikus di stor jika ada yang tidak digunakan lagi, tetapi tiada pula. Buka laci yang mengandungi stok alat tulis atau barang office contoh buku, bateri, pen dan sebagainya. Alhamdulillah terpampang depan mata. Senyum lebar jadinya. Ambil dan terus tukar yang baru. Tidak peduli kepunyaan siapa pun. Apa yang penting sebelum digunakan, terus minta Ah Chong beli baru sebagai ganti.

Boleh dikatakan saya seorang sahaja yang masih menggunakan mouse ada wayar. Kawan sekerja tidak lagi. Jadi bagus juga tukar yang wireless usb. Lembut dan tanpa bunyi bila ditekan. Terasalah sedikit kelainannya.