Selasa, 14 Oktober 2025

Kerusi Bukan Biasa-Biasa

Assalamualaikum dan selamat petang. Cuba perhatikan kerusi di bawah. Minta kawan ambil gambar untuk letak di blog. Dia yang tunjukkan dahulu pada saya.

Kerusi yang akan dikeluarkan di kilang kami. Ini adalah sample untuk pelanggan. Jika ada order baru dibuat. Tak rasa pula nak cuba duduk. Okey ataupun tidak.

Reaksi pertama kami iaitu saya dan rakan apabila melihat kerusi ini adalah 'lawak'. Geli hati dibuatnya. Anda pula bagaimana? First time tengok kerusi seperti ini di kilang.

Sabtu, 11 Oktober 2025

Pokok Sawi Sudah Berbunga

Assalamualaikum dan selamat malam. Dua pokok sawi di dalam pasu sudah berbunga. Ambil gambar untuk jadikan kenangan. Pertama kali tanam pokok sawi begitulah. Pasu pun letak di bawah bumbung sahaja kerana tiada tempat yang sesuai. Pendedahan pada hujan dan panas sangatlah kurang. Tetapi alhamdulillah ada juga hasilnya walaupun tidak seberapa.




Esok nak masak nasi goreng bolehlah ambil. Bila sudah habis semua bolehlah semai benih semula. Semua pasu habis digunakan tidak kira apa jua saiz dan bentuk. Seronok juga menanam bila membuahkan hasil.

Jumaat, 10 Oktober 2025

Pisang Goreng Strawberi Cheese

Assalamualaikum dan selamat petang. Pemberian abang pisang goreng strawberi cheese ini. Pertama kali merasainya. 

Pisangnya kurang manis, yang buat manis filling strawberinya. Kalau letak sikit memang sedap dan secukup rasa. Tapi ini sudah terlajak manis.

Kena buang sedikit filling strawberinya baru boleh makan. Apa-apa pun terima kasih pada yang memberi. Kalau nak beli sendiri kena minta kurangkan filling strawberinya barulah nikmat.