Sabtu, 11 Oktober 2025

Pokok Sawi Sudah Berbunga

Assalamualaikum dan selamat malam. Dua pokok sawi di dalam pasu sudah berbunga. Ambil gambar untuk jadikan kenangan. Pertama kali tanam pokok sawi begitulah. Pasu pun letak di bawah bumbung sahaja kerana tiada tempat yang sesuai. Pendedahan pada hujan dan panas sangatlah kurang. Tetapi alhamdulillah ada juga hasilnya walaupun tidak seberapa.




Esok nak masak nasi goreng bolehlah ambil. Bila sudah habis semua bolehlah semai benih semula. Semua pasu habis digunakan tidak kira apa jua saiz dan bentuk. Seronok juga menanam bila membuahkan hasil.

Jumaat, 10 Oktober 2025

Pisang Goreng Strawberi Cheese

Assalamualaikum dan selamat petang. Pemberian abang pisang goreng strawberi cheese ini. Pertama kali merasainya. 

Pisangnya kurang manis, yang buat manis filling strawberinya. Kalau letak sikit memang sedap dan secukup rasa. Tapi ini sudah terlajak manis.

Kena buang sedikit filling strawberinya baru boleh makan. Apa-apa pun terima kasih pada yang memberi. Kalau nak beli sendiri kena minta kurangkan filling strawberinya barulah nikmat. 

Sayur Pucuk Ubi Kerinting

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tengok kawan update status Whatsapp hasil tanaman di kebunnya. Tertanya-tanya sayur apakah ini? Katanya pucuk ubi kerinting. Pertama kali tengok pucuk ubi ini.

Ia merupakan spesis ubi kayu juga tetapi jenis kerinting. Pokoknya tiada ubi. Orang tanam untuk ambil pucuknya sahaja dijadikan sayuran.

Pucuk ini tidak seperti pucuk ubi biasa yang mempunyai rasa yang agak pahit tetapi pucuk ubi kerinting tiada langsung rasa pahit.